Followers

8.01.2009

Babi Yang Selesema

H1N1 pernah menjadi satu soalan yang menyebabkan hampir satu fakulti Usuluddin tahun 3 tersenyum. Soalan bagi madah Tafsir Maudhu'ie yang diajar oleh ustaz Nik Mohd Noor. Seperti biasa, beliau memang selalu mencari isu semasa untuk dijadikan soalan peperiksaan. Bagi Syariah tahun 3 dimintanya ulasan berkenaan kes ragut sewaktu peperiksaan madah Fiqhul Jinaayah.

Itu sebelum H1N1 melanda Terengganu, kesannya masih belum dirasai sehinggalah berita tentang mangsa pertama H1N1 dari Terengganu dikesan. Sejak dari itu, H1N1 mula menular dan mengakibatkan beberapa buah sekolah ditutup untuk dikuarantin.

Kenapa H1N1?

Kenapa H1N1? Tidak digunakan selesema babi sewaktu virus ini mula memasuki Malaysia dulu? Ada suara yang mengatakan bahawa pihak tertentu ingin menjaga sensitiviti masyarakat Cina khasnya yang pernah mengamuk di Melaka Bandaraya Bersejarah dulu dan juga beberapa komuniti lagi yang cukup sensitif dengan makanan mereka ini. Sejauh mana benarnya dakwaan itu, tidaklah saya pasti.

Namun, saya kira isunya bukan di situ. Apa yang lebih penting adalah bahaya wabak ini yang mula mengheret mangsa keempatnya di Melaka. Ini bermakna, wabak ini semakin membarah dan jika tidak disusuli dengan tindakan yang pantas ianya pasti akan menjadi lebih serius.

Pengharaman Babi dan Kesannya



Oleh kerana virus ini bermula dari babi, seharusnya kita mengenali babi itu dan apakah sebabnya hingga ianya diharamkan oleh Allah di dalam al-Quran. Bukan hanya sekali, bahkan ianya disebut di dalam al-Quran pada 4 tempat yang berbeza. Bererti babi diharamkan disebabkan isu-isu yang besar. Bukan setakat hidung kemeknya atau lehernya yang pendek. Bahkan ada perkara yang kini telah terungkai oleh kajian saintis-saintis samada barat ataupun Islam kenapa babi diharamkan?

Dalam Islam, babi diharamkan secara total dari segi daging, liur, hati, limpa, kulit, tulang dan taring. Segala-galanya diklasifikasikan sebagai najis mughallazah dan cara menyucikannya adalah dengan satu basuhan air tanah dan 7 kali jirus air mutlak. Berkenaan basuhan air tanah ini, telahpun ada kajian bahawa kuman yang dibawa babi itu terhapus dengan basuhan air tanah.

Sifat yang Allah ciptakan pada babi itu adalah keaktifan kuman-kuman yang ada padanya membiak dan membentuk sel-sel virus yang saban hari makin kuat dari biasa. Oleh itu, tidak hairan bila ada ujikaji yang dibuat dengan mencurahkan air Coca Cola ke atas daging babi yang telah dimasak yang mana hasilnya keluarlah parasit-parasit putih yang masih hidup. Barangkali ingin menikmati keenakan air Coca Cola tersebut.Ini bererti, kepanasan suhu tidak akan membunuh kuman-kuman yang terdapat pada babi tersebut.

Babi Mempengaruhi Manusia Yang Memakannya

Itu satu hal. Permasalahan kedua pula adalah dari sudut moral babi yang pernah diceritakan melalui pengalaman beberapa orang yang bertanya kepada Syeikh Muhammad Abduh dalam lawatannya ke Eropah. Beliau tidak terus menjawab soalan yang dikemukakan kepada beliau, bahkan beliau menyuruh agar orang yang bertanya itu menyediakan 2 ekor ayam jantan dan seekor ayam betina. Kemudian disuruhnya pula mereka yang bertanya itu mengambil 2 ekor babi jantan dan seekor babi betina.

Mengetahui hal itu, mereka bertanya, “Untuk apa semua ini?” Beliau menjawab, “Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan kepada kalian satu rahsia.”



Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar dilepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan pula mereka untuk melepaskan dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu itu membantu yang jantan seekor lagi untuk melaksanakan hajat seksualnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya Syeikh Muhammad Abduh berkata, “Saudara-saudara, daging babi membunuh ‘ghirah’ orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kamu. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapa di antara kamu melihat anak perempuannya bersama lelaki lain tanpa rasa cemburu dan syak, karena daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.”

Itulah hukum Allah, seperti itulah hikmah Allah.

Di sini ada beberapa fakta-fakta menarik yang akan membuat seseorang segera menjauhi babi:

  • Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan.
  • Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan segala jenis najis yang ada di hadapannya, samada najis manusia atau haiwan bahkan memakan najisnya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.
  • Ia mengencingi najisnya dan memakannya jika berada di hadapannya.
  • Ia memakan sampah dan benda-benda busuk.
  • Ia adalah satu-satunya haiwan mamalia yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah yang banyak dan dalam satu jangka masa yang lama jika dibiarkan.
  • Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan
  • Kajian ilmiah moden di dua negara Timur dan Barat, iaitu Cina dan Sweden bahawa daging babi merupakan penyebab utama kanser rektum dan usus. Carta menunjukkan peningkatan drastik di tempat-tempat yang rata-rata penduduknya memakan babi. Terutama di negara-negara Eropah, Amerika dan di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusnya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil kajian ini disiarkan pada tahun 1986, dalam World Annual Conference tentang Penyakit Organ Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo.
Jadi, fakta-fakta di atas ini menunjukkan bahawa sememangnya pengharaman babi itu adalah hikmah yang besar dari Allah kepada hambanya yang bertaqwa.

Namun Allah Menguji



Dalam pelbagai keburukan itu, Allah tetap menguji hambanya dengan menjadikan babi sebagai binatang yang mempunyai kelebihan diambil manfaatnya secara menyeluruh. Daging, tulang, lemak dan sebagainya digunakan perindustrian makanan, pakaian, alatan, ubat-ubatan dan sebagainya. Selain mudah diperolehi ianya juga senang diproses. Berbeza dengan binatang-binatang lain yang halal dimakan.

Begitulah Allah menguji manusia untuk melihat siapakan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah dengan menjauhkan diri dari perkara yang diharamkannya walaupun perkara tersebut memberi manfaat kepadanya kerana di sebalik manfaat itu ada keburukan yang jelas mengatasi manfaat yang ada.

Hikmah H1N1 @ Selesema Babi



Pada pandangan saya, hikmah Allah menurunkan penyakit sebahaya H1N1 iaitu flu yang membawa maut ini mungkin kerana sikap manusia yang mula menyerupai binatang itu. Tiada lagi ghirah dalam menjaga kaum keluarga. Anak-anak bebas diangkut ke sana ke mari, tiada pengawasan dari ibu dan ayah. Manakala kaum lelaki yang melihat tidak lagi ingin menegur lelaki yang membonceng perempuan ke sana ke mari bahkan turut ingin melakukan perkara yang sama.

Lihat saja di tempat-tempat rekreasi yang mana rata-rata pengunjungnya datang berpasang-pasangan tanpa malu, mandi-manda di tempat tersorok tanpa menyedari ada pihak ketiga yang bersama. Inilah sifat-sifat babi yang diamalkan sekarang tanpa disedari mereka khususnya bangsa melayu yang bukan pemakan babi. Tapi pada hakikatnya telah melebihi kadar seekor babi telah dilahapnya tanpa sedar.

Selaku pengguna Islam, marilah kita berhati-hati. Sama-sama kita menaikkan semula konsep Amar Ma'ruf Nahi Mungkar agar sikap kita tidak menyerupai babi. Masya-Allah.

Point Penting :

Sifat babi yang tiada perasaan cemburu
Sifat manusia yang tiada perasaan tanggungjawab
Makanan memberi kesan kepada Akhlak manusia
H1N1 sebagai iktibar dari Allah agar membetulkan sikap kita

Saya akan mengemaskini tulisan ini dalam jangka masa terdekat. Saya sedikit gopoh dalam menyiapkan artikel ini. Harap Maklum.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.