Followers

8.25.2009

Titik-Titik Sepanjang Sepi

Salam Ramadhan buat semua pengunjung.

Untuk menulis sebuah artikel yang panjang, saya memerlukan lebih masa. Ini kerana pada siang harinya saya bekerja, malamnya pula beribadah kepada Allah yang maha Esa. Hehe.. Kebanyakan waktu pada malamnya pula saya isi dengan rehat sahaja.

Bagi mengelakkan orang yang melayari blog ini menekan butang x tanpa menatap dengan lebih lama, maka saya selitkan juga sedikit tulisan yang akan diberikan dalam bentuk point agar lebih senang difahami tanpa menganga kebosanan sehingga titik akhir tulisan ditemui.

1- Berita terbaru yang saya ingin ucapkan tahniah iaitu kemenangan PAS di Permatang Pasir, Pulau Pinang dengan majoriti 4551 undi. Orang yang bekerja dalam memenangkan Islam pasti akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda yang akan diberikan pada hari perhitungan kelak.

2- Saya ingin ucapkan takziah lewat tulisan saya kepada keluarga almarhum Ustaz Asri Rabbani. Beliau mungkin tidak mengenali saya, tapi saya begitu mengenali karya beliau terutamanya lagu Hidayah (Kerlipan Cinta) yang begitu menggetarkan roma saya.

3- Saya membaca buku Ghirah, Cemburu dan Kebencian Terhadap Islam karya Buya HAMKA dan saya melihat seolah-olah ianya divideokan di hadapan saya tentang ragam manusia yang mulai luntur rasa ghirahnya dan kesungguhannya menjaga kesucian Islam. Saya cemburu apabila membaca tentang sebilangan suku-suku bangsa Indonesia dulu yang mempertahankan kesucian bangsa mereka hingga sanggup mati dari hidup dengan arang terconteng ke muka.

4- Saya juga sedang mencari buku Peribadi juga karya HAMKA yang sudah 3 hari hilang entah ke mana setelah hampir separuh buku itu saya baca. Hebatnya beliau kerana apabila membaca tulisannya, ianya umpama mendengar beliau memberi kuliah. Begitu dekat dengan hati.

5- Kematian akibat H1N1 begitu merunsingkan. Banyak dakwaan yang mengatakan bahawa pihak kementerian kesihatan seolah-olah menyembunyikan angka sebenar kerana ada juga orang dari kawasan saya yang meninggal dipercayai akibat H1N1 tapi tidak dilaporkan.

6- Pada kuliah maghrib saya yang terakhir sebelum Ramadhan minggu lalu, saya memberikan penekanan tentang sikap peduli. Pada malam ini, saya sekali lagi ingin menekankan tentang sikap peduli itu. Sikap peduli yang membangkitkan kembali Amar Makruf Nahi Mungkar. Semoga dengan kesedaran ini, kita sama-sama membina cakna dalam masyarakat dan mengelakkan kita berperangai seperti pemakan-pemakan daging khinzir yang ghirahnya telah hilang dan membiarkan saja anak gadis mereka dikendong ke hulu ke hilir dan membiarkan wanita di bawah jagaan mereka mendedahkan batang tubuhnya di khalayak.

7- Awal Ramadhan ini, kedai milik ayah saya begitu meriah dengan pembeli panik yang begitu gilakan gula. Bukan semua, hanya segelintir dari mereka. Masakan tidak, menjadi hobi mereka pergi dari satu kedai ke kedai yang lain membeli dua kilo gula untuk dibawa pulang dalam keadaan tersengih dengan kejayaan mereka itu. Sikap 'jual ikan' atau lebih dikenali dengan selfish dalam bahasa Inggerisnya amat-amat tidak terpuji. Bayangkanlah dengan ketamakan kita, orang yang benar-benar memerlukan gula tidak dapat merasai kerana habis diborong oleh kita. Ubah sikap anda dan jadilah pembeli yang cool, jangan panik-panik. Anda cool, anda hebat.

8- Saya ingin mengucapkan tahniah buat kawan-kawan yang akan ke UIN - Jakarta, KUIN - Kedah, KUIS - Selangor, UIA - Gombak. Tak lupa juga buat classmate yang menjadi pelajar terbaik keseluruhan, Ruhulhayati (respek r, hehe), Mek Nad dan anak saudara Dr. Hatta. Anda wanita terhebat batch ini. Selamat Maju Jaya :)

9- Ramadhan ini, fikiran saya terkenang suasana Ramadhan di Syria yang begitu best with 2 thumb's up kerana pendeknya waktu siang :) pada syitaa', masjidnya yang dekat-dekat menyebabkan tiap-tiap malam saya pergi ke masjid berlainan dan macam-macam lagi yang saya sukakan tentang dataran Syam ini.

10- Point terakhir pada malam ini adalah ucapan selamat berpuasa kepada semua pengunjung, kawan-kawan, lawan-lawan, keluarga dan makhluk-makhluk tuhan, moga pada Ramadhan kali ini, kita akan mendapat yang terbaik, natijah yang terbaik, ibadah yang terbaik, hubungan yang terbaik dan segala-galanya yang terbaik. Hampir lupa, buat batch XDQ 2005, anda dijemput memeriahkan reunion saf lepasan DQ 2005 pada 23/09/2009 jam 8 pagi di Dewan Besar MDQ. Amanat dari bekas ketua Syura Rabie 2005 menanti anda. :) Salam Ramadhan......

4 comments:

  1. ..AsSalamUalaikum,,,erm,,ringkas dan padat..bagusla wt cmni,,,xmenjemukan langsung bila dibaca...kena tiru ni,,,huhu...xpe kan tuan bk'blog..hehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam., mekasih r komen.. :) tiru bende baik apa salahnya.. :)

    ReplyDelete
  3. salam sahur...tuan bk'blog..erm...tak ada apa lah..saje nak panggil..slmt jalani ibadah puasa..

    ReplyDelete
  4. salam sahur...tuan bk'blog..erm...tak ada apa lah..saje nak panggil..slmt jalani ibadah puasa..

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.