Followers

10.13.2010

Hilang Daya

Orang kata, bila kita tak tahu nak tulis apa, daya fikir kita dah makin tumpul. Tumpuan kita semakin hilang. Perhatian kita semakin tidak tajam. Bacaan kita semakin kurang. Kebolehan kita untuk mengupas isu-isu semakin menipis dan pelbagai lagi yang boleh diandaikan dengan kekurangan kita menulis kerana masalah tak tahu nak tulis apa.

Saya mengalami hal itu.

Saya semakin gemarkan yang santai-santai. Tak mahu lagi bergelumang dengan yang berat-berat. Tak mahu lagi mengisi tulisan dengan fakta-fakta yang dikutip dari buku yang jarang orang baca. Bahkan hingga ke tahap malas mahu mengulas tentang perkara semasa di dunia amnya dan Malaysia khasnya. Perkiraan saya mengatakan bahawa semua ini sudah ada pengulasnya.

Maka saya menulis berdasarkan dunia sempit saya sahaja. Hanya perhati sekeliling dan terus membuat rumusan. Berdasarkan pemerhatian kabur milik saya, saya mula menilai dengan pandangan saya sendiri. Tapi kerap kali juga pemerhatian itu gagal diterjemahkan kepada huruf-huruf dan perkataan.

Saya menyimpan dengki melihat orang lain menulis. Namun saya tetap gagal mencontohi mereka. Banyak juga simpanan tulisan yang saya curahkan dalam buku-buku dan kertas-kertas. Ada yang masih wujud dalam simpanan dan ada yang telah ghaib terbuang. Namun untuk menulis dan menyiarkan tulisan itu ke dalam blog, tangan menjadi lembik dan otak terus hilang tumpuan.

Matlamat saya mahu menerbitkan buku hasil fikiran saya sendiri. Tidak kisahlah jika langsung tidak dibaca bahkan tidak dipandang seperti remaja memandang buku Ketika Cinta Bertasbih dan lain-lain buku yang bertajuk Cinta. Namun matlamat berdegil untuk mengimpikan sebuah buku tulisan sendiri. Tentu sekali bukan bertajuk cinta. Saya tak mahu dilihat orang sebagai pengikut tsunami tajuk cinta ini.

Maaf, bukan memandang remeh cinta. Bahkan saya mengagumi perasaan cinta itu. Tak pernah sekali-kali saya mendustakannya. Namun bagi saya meluah cinta di tajuk awal adalah kurang menarik. Cinta bukan hanya untuk diluah. Ia mesti di rasa. Ramai perempuan tewas dengan luahan cinta kerana gagal merasa cinta sebenar.

Oleh itu, saya akan terus menyimpan rasa dengki dengan mereka yang hebat menulis, kerana saya tak mahu daya saya hilang tanpa ada rasa dengki yang memaksa saya terus berusaha. Setelah sekian lama mencari momentum untuk permulaan menulis sebuah buku. Akhirnya saya memilih tajuk Cerita Kita Budak MDQ sebagai projek permulaan saya untuk melunaskan rasa dengki saya selama ini.

Saya harus banyak membaca dan saya wajib banyak bertanya. Lama mana ia akan mengambil masa, saya tidak tahu tapi saya mohon agar usaha ini diberikan inayah oleh Allah. Mungkin berkat yang membaca entri berdoa kepada saya agar ada bakti saya untuk sekolah tua yang penuh dengan suka, duka, susah, senang, gembira dan lara itu. Sekian.

P/s: Dengki itu tak baik. :)

3 comments:

  1. Wah3, best tajuk tu..

    Dah ada sentuhan tgn dr ex-banat mdq, ukh sheilawarni dgn RONA2 DAMASCUS.

    Ana akan nantikan pula buah tangan n sentuhan dari ex-banin mdq pula...

    I.Allah ana doakan mga projek siri membngunkan jiwa manusia dgn penulisan akan berjaya.

    Penulisan makanan minda:)

    ReplyDelete
  2. Begitu juga ana. :)

    http://abuaiman786.blogspot.com/2010/10/dah-2-bulan-rupanya.html

    ReplyDelete
  3. Salsabila- mudah-mudahan.. Tapi payah sangat.. :)

    Ibnu Ibrahim- Resam manusia

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.