Followers

12.27.2010

Mintak Jauh!

Aku baru sahaja memijak kaki ke bumi Malaysia.

Tak banyak berubah sejak dari aku meninggalkannya enam bulan lalu. Iyalah, enam bulan lalu, setakat mana kerajaan mampu mengubah dan memajukan negeri ini dalam tempoh tersebut.

Aku balik dari airport menuju ke rumah melalui jalan pantai Tok Jembal. Lama benar aku tidak melihat panorama pantai ini. Ombak masih belum berhenti menghempas pasir dan pasir tetap bersabar dengan karenah ombak itu.
Sesampainya aku di rumah, terus aku bersalaman dengan beberapa orang kenalan yang sememangnya boleh di katakan sentiasa berada di kedai milik ayah aku ini. Masih tidak berubah pekerja-pekerja ayah aku ini. Sentiasa bergurau senda.

Peng.. Peng.. Peng..

Aku kenal benar bunyi ini. Kalau tak silap, ini adalah bunyi vespa milik ayah yang berada di bawah jagaan aku lebih kurang setahun yang lalu. Siapa pulak yang menghidupkan mesin nolstalgia milik aku itu?

Peng.. Peng.. Peng..

"Tengok ni, orang buleh doh bawok muto ni.." Adik aku menayang-nayang skill membawa motor vespa itu di depan aku.

Tiba-tiba, aku terperasan ada semacam asap halus keluar dari enjin vespa tersebut. Entah macamana ada percikan api yang mula keluar. Dari kecil menjadi besar.

Aku mula bimbang.

Takkan kepulangan aku dari Yaman ini disambut dengan kejadian duka begini.

Bergegas aku mendapatkan motor aku. Adik aku telah pun berlari meninggalkan motor itu.

Sambil berlari fikiran aku terus bercelaru.

Dalam beberapa meter sahaja untuk sampai, motor itu meletup. Aku pula tercampak ke belakang.

Aku hanya mampu merenung dan mata aku pula bergenang. Terlalu banyak kenangan aku bersama motor tersebut.

*******

"Subuh... Subuh... Orang azan dah tu.." Suara Luqman keras.

Seingat aku, sewaktu aku balik dahulu, Luqman masih lagi berada di Yaman. Bahkan dia turut bersama-sama menghantar aku di Airport Sana'a dulu.

"Mu mimpi putus cinta ke? Siap menangis lagi ni?" Lukman menampar pipi aku.

Aku lihat Lukman yang berjubah putih dan berserban ala Sana'a merah itu tak berkelip dan aku lihat sekeliling.

Hampeh, Aku masih di Yaman rupanya!

P/s 1: Jangan lupa baca doa tidur.
P/s 2: Sayangi kenderaan anda.

3 comments:

  1. ok kelakar. hampir sahaja gua ingin percaya.

    ReplyDelete
  2. Dalam mimpi tu, lu la yang menunggang TC 4626 tersebut..

    ReplyDelete
  3. lawak2.ingat ke balik mesia sungguh.kalo balik sungguh dasat la.ase baru je gi.hehe

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.