Followers

7.26.2008

Dari Muzakarah ke Muqobalah


Pertemuan dua orang Tok Guru yang cukup dikagumi ilmu mereka ini adalah sebagai satu petanda bahawa tiada perpecahan yang dibimbangkan oleh mereka yang kononnya sayangkan PAS dan menyatakan dialah orang pertama keluar PAS jika muzakarah yang dibuat berteraskan perkongsian kuasa. Peliknya, golongan ini lebih suka mengeluarkan hukum sebelum mereka jelas tentang sesuatu isu, seolah-olah mereka ingin dilihat lebih 'advance' dalam menunjukkan kecintaan mereka terhadap parti ini melebihi kecintaan Tuan Guru Presiden yang sudah berpuluh tahun bergelumang dengan perjuangan.


Sewaktu menghadiri usrah mahasiswa kawasan Kuala Nerus Khamis lalu, saya ada bertanya pendapat Naqib tentang perkara tersebut, tujuan saya adalah untuk memberikan satu maklumat yang lebih jelas tentang isu itu kepada sahabat-sahabiah se-KUDQI yang hadir pada hari itu. Cerita tentang muzakarah itu bermula begini...


PRU ke-12 yang lalu berlaku satu perubahan besar pada landskap politik negara yang menyaksikan 5 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Walaupun ianya dilihat sesuatu yang positif buat perkembangan PR, namun disana ada perkara yang perlu dinilai dan tidak harus dipandang enteng iaitu meningkatnya pemimpin bukan bumiputera di arena politik ini. DAP dengan 100% dibarisi kaum cina dan PKR pula dibarisi hampir separuh non-muslim dilihat sebagai permulaan kepada persaingan ke arah lain. Walaupun bukan semua yang berfikiran begitu tetapi wajar kita merasa bimbang dengan perkembangan ini disusuli pula dengan satu tindakan bagi mengatasi keadaan yang dijangka berlaku itu.


Pimpinan PAS yang peka dengan keadaan ini segera membuat satu keputusan untuk segera mengingatkan UMNO selaku peneraju kerajaan agar lebih prihatin dalam keadaan ini. Lalu pertemuan antara dua parti yang 100% diterajui oleh orang melayu ini dilihat orang sebagai satu pelan perkongsian kuasa oleh mereka yang tidak mengerti dan cepat pula menghukum. Lupakan seketika laporan media yang memualkan disamping kemungkinan UMNO yang turut tersenarai dalam agenda mereka untuk menangguk di air keruh yang ingin melihat perpecahan berlaku di dalam PAS. Tapi fikirkanlah sesuatu untuk membantu satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia ini agar lebih teguh menghadapi segala ranjau perjuangan. Jangan sekadar ingin menjadi orang yang hebat berpencak di kedai kopi dan menceritakan begitu-begitu dan begini-begini, jadilah orang yang faham tentang sesuatu isu sebelum kita terjerat dengan isu yang kita bawa.

Jangan mudah terjerut dengan liputan murahan media milik BN (Buang di tempat sepatutnya)yang cuba mencarik perasaan ukhuwwah di kalangan kita dan ingin melihat kita bertelagah sesama sendiri. Rapatkan kembali dan laungkan fikrah menyelamat anda di Muktamar Agung PAS di Ipoh nanti. Salam Muhasabah.

Bersama Kepimpinan Ulama'
Berani Kerana Benar
Ben Kareem

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.