Followers

11.18.2009

Assalamualaikum



Entri kali ini mengajak pembaca-pembaca samada dari kalangan pejuang Islam atau pejuang nasional agar melazimi semula ucapan salam. Sebagai menjadikan tulisan ini sebagai retorik semata-mata, marilah kita sama-sama merenung kepada hadith nabi s.a.w yang berbunyi :

إن من أشراط الساعة أن يسلم الرجل الرجل لا يسلم إلا للمعرفة
Sesungguhnya diantara syarat-syarat Qiamat bahawa seorang laki-laki hanya mengucapkan salam terhadap orang-orang yang dikenalinya sahaja sebagai tanda saling kenal. (Hadith sahih riwayat Ibnu Mas'ud)

Apa yang terjadi sekarang jauh lebih tenat dari apa yang disabdakan oleh baginda s.a.w. Jika Nabi mengatakan bahawa salam pada akhir zaman dijadikan sebagai tanda sudah saling mengenali, sekarang antara orang yang mengenali pun sudah jarang mengeluarkan salam. Sedangkan salam merupakan satu doa. Tapi apa nak buat, kita masing-masing malas nak mendoakan rakan-rakan seperjuangan kita sendiri.

Jika dalam perbualan telefon, ada juga yang lebih senang memulakan perbualan tanpa salam dan lebih hebat, terus hoi, wei, yo bro, wassup, wai dan sebagainya. Bahkan saya dapat merasakan bahawa jika salam dihulurkan kepada orang yang tidak kita kenali akan menjadi suatu kepelikan. Memang pelik jika kita terus melazimi perkara ini menjadi pelik.

Jadi, dari sudut hati saya sendiri, saya mahu mengenakan kempen Assalamualaikum Dalam Hidup. Mulai hari ini, setiap entry saya akan bermula dengan lafaz salam, insyaAllah. Jika berminat, jangan malu-malu untuk bersama Rasulullah, saya dan Ummat Islam lain.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    "ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.