Followers

4.06.2011

Turun, Kalau Tak, Macamana Nak Isi?

Hari itu, aku pergi ke stesen minyak yang berselang belas-belas buah kampung punya jauh dari kampung aku. Kebetulan ada pergi rumah kawan, jadi bukan saja-saja eksen bawak kereta. Bukan.

Dalam keadaan sekarang, ekonomi makin lama makin jatuh, dengan negara kerugian RM 108 bilion setahun pasal rasuah sebagaimana yang SPRM lapor, maka sesetengah stesen minyak menggunakan khidmat warga asing untuk mengepam minyak khususnya bagi bahagian motosikal. Jimat kos dan rajin.

Jadi, nak dijadikan cerita, adalah sorang mat rempit yang boleh tahan jugaklah dia punya motor, RXZ yang kalau setakat motor orang jaja kueh dekat kampung aku tu, confirm sekejap je dia tinggal.

Dengan hormat yang tinggi, jurupam yang berbangsa Bangladesh atau Myanmar itupun meminta izin untuk mengisi minyak. Ni mat rempit yang lengkap dengan motosikal power, takkan la Bangla ni nak main redah je. Hormat tu kena adalah.

Dengan nada rempit, mat rempit menjawab. " Hah, isi laa"

Merasa tercabar, seperti maruahnya dicalar-calar oleh mat rempit itu, maka pekerja stesen minyak itu pun mula menunjukkan taring, " Ei, incik, jangan buat kalaka.. Macamana saya mau isi, incik tak turun.." Katanya dengan nyaring hingga menyebabkan beberapa pasang mata tertumpu ke arah mereka.

Mat rempit itu rasa terguris dengan sergahan Bangla tersebut. Ini dah mencerobohi wilayah kejantanan seorang samseng jalanan sepertinya.

Saya kira ini dah makin menarik, gaya mat Bangla tersebut menyuruh mat rempit tu turun macam gaya Tuah mencabar Jebat. Hebat.

" Kenapa pulak aku nak kena turun? Lu isi je laa.." Katanya dengan gaya tangan seperti orang ceramah politik. Melawan juga dia ni.

"Incik, saya cakap baik-baik.. Kalau incik tak turun ini motor, macamana saya mau isi minyak dalam tangki bawah tempat dudo' ?" kata Bangla tersebut mengendurkan suara, seakan-akan tak mahu memanjangkan perbalahan.

Orang yang memerhatikan kejadian panas itu tadi mula bersurai sambil geleng-geleng kepala.

"Tangki Z (nama ringkas RXZ) bukang duk bowoh seat, ye duk depang kat dreba ah" bebel seorang brader yang kecewa kerana tiada pergaduhan terjadi. Sia-sia dia meluru dengan membawa helmet ke tempat kejadian.

3 comments:

  1. haha...kesian mat bangla tu, xpasal2 kener hamun. nasib x dang kner belasah jer...mamat tu lak, cakap elok2 xboleh ker dgn pekerja tu? dia pun manusia juga, ada hati dan perasaan...

    ReplyDelete
  2. Kisahnya gini, setiap perkara bermula dengan tidak tahu.. Pasni bangla tu tahula yang RXZ tangki kat depan..

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.