Followers

5.03.2009

Selamat Jalan Streamyxku !

Saya merasa sangat sakit kepala dengan penyakit yang dibawa oleh Streamyx yang iklannya bagaikan produk yang turun dari kayangan. Setelah membayar servis penggunaan sebanyak RM99 sebulan, servisnya bagaikan tidak lebih dari harga RM10 atau kurang.

Mahu tidak mahu, saya terpaksa memutuskan untuk tidak lagi menyerahkan duit secara sia-sia kepada syarikat internet terbesar negara ini. Saya menaip posting ini menggunakan Microsoft Word sebelum dipublishkan di mana-mana cyber café atau di maktabah KUDQI.

Daripada mood dan fikrah yang bercambah ketika balik dari jaulah ilmiyyah anjuran lajnah Sukan & Kebudayaan MPMKUDQI, ianya menguncup dan terus merudum bila adik saya memberitahu, internet dengan modem yang baru ditukar tidak sampai seminggu kembali buat hal.

Apapun, setelah berjanji dengan pelawat-pelawat blog ini untuk melakukan projek-projek yang disebut, maka saya akan kembali ke arena ‘pengepostingan’ tahap rajin kali ini. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.