Followers

10.17.2010

Mulakan Bi'ah Itu

"Berkawan dengan penjual minyak wangi, paling tidakpun, tercalit sama bau wangi pada kita.. Tapi kalau berkawan dengan penempa besi, pasti badan kita berbau besi dan baju kitapun akan cacat kesan dari percikan api sewaktu besi itu ditempa" Kata seorang ustaz dalam satu siri tazkirah ringkas beliau.

Persekitaran merubah seseorang. Di mana dia tinggal, bersama siapa dia berkawan, makanan apa yang dia makan, minuman apa yang selalu dia minum dan macam-macam lagi yang boleh merubah manusia menjadi lain dari sebelumnya.

Contoh, orang yang tinggal di kawasan pantai cakapnya lebih kuat dan kasar berbanding yang dengan orang yang tinggal jauh dari pantai, persekitaran berangin menyebabkan suara perlu dikuatkan agar setiap kata disampaikan dengan jelas. Ini kesan persekitaran tempat tinggal.

Kawan saya yang begitu rapat dengan arab di Yaman menjadikannya seorang yang kasar dalam bergurau, kurang malu untuk bergaul dengan arab hatta yang tidak beliau kenal dan begitu menghargai persahabatan dan cukup senang untuk memberi pertolongan. Ini kesan sekitar kawan-kawan.

Memakan benda yang haram menjadikan seseorang itu hilang rasa kesian dan tidak takut untuk membuat dosa. Dalam erti kata lain, hati pemakan benda haram ini lebih keras dari pemakan makanan halal. Ini adalah kesan pemakanan kepada jiwa.

Soalnya, setelah sekian lama kita diajar dengan persekitaran yang baik dapat mengubah seseorang menjadi baik atau lebih dikenali dengan bi'ah hasanah namun kenapa kita kurang diberi peringatan untuk membina persekitaran yang baik itu?

Mujahid Allah itu, dicampak ke darat menjadi bukit, dicampak ke laut menjadi pulau. Justeru, selaku orang Islam, seharusnya kita yang menjadi titik mula kepada persekitaran yang baik itu. Ya, kita.. Bukan orang lain.

Saya dilontarkan persoalan macamana nak buat dengan kawan-kawan yang malas membaca. Hatta, jika di musim-musim imtihan pun masih lagi berperangai serupa. Tapi kalau futsal, jangan bimbang. Belum lagi diajak, sudah siap pakai kasut.

Rasa saya, masalah itu berlaku adalah kerana golongan yang gemar berfutsal ini memonopoli. Golongan yang sedar kepentingan ilmu ini hanya menjadi yang minoriti. Suasana ini tentunya memihak kepada futsal. Cara yang paling berkesan adalah merekrut seramai mungkin kawan-kawan agar sedar kepentingan ilmu ini dan memahamkan mereka bahawa futsal itu sampingan. Jika ilmu berjaya memonopoli, nescaya lebih mudah untuk beralih ke arah kebaikan. Bayangkan jika Ali contohnya melihat dalam sepuluh orang sahabat sekelasnya membaca, adakah masih tidak naik semangat untuk turut membaca? Paling tidakpun mesti wujud rasa takut untuk gagal seorang diri jika tidak membaca. Jadi, monopoli itu berjaya.

Tapi yang menjadi masalahnya, kita yang tidak mampu untuk mengubah persekitaran itu menjadi lebih baik. Hal ini memang tidak mampu dibuat berseorangan. Perlu berjemaah. Gunakan rakan-rakan yang ada sebaik mungkin dan cuba tunjukkan dimana keistimewaan kebaikan yang kita buat ini. Tunjukkan bahawa buat perkara ini adalah seronok. Sentiasa kongsi apa yang kita dapat dari kebaikan itu dan jangan sesekali bernada mengajar mereka.

Mulakan bi'ah itu. Anda mampu mengubahnya.. :)

3 comments:

  1. mauizzah yang cukup baik..pernah ana sebut dengan seorang sahabat."dia tu sebenarnya nak berubah tetapi waqi' tidak membantu dia untuk berubah."..satu cabaran yang agak mencabar minda..semoga kita semua menjadi 'duta penyelamat dan kasih sayang.insyaAllah

    ReplyDelete
  2. ya,anda mampu mengubahnya.
    dunia yang semakin mencabar.moga semuanya istiqomah.

    "al insaan ibnu bieatih".

    ReplyDelete
  3. Syukran memberi respon.. Maaf kerana saya yang lambat respon.. Mungkin biah telah mengubah saya.

    Tulisan ni jugak dibuat dalam keadaan tergesa2, sebab tu tertukar dari biah solehah yang paling rajih kepada biah hasanah.. InsyaAllah saya akan ubah balik. :)

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.