Sepanjang saya terlibat dalam arena perlembuan separuh masa ini, saya dapati lembu ini merupakan ciptaan yang menarik. Hebat betul Allah yang menciptakan lembu ini. Kambing juga tentunya.
Saya berterusan memerhati gerak geri lembu ini dan mendapati tugas beliau hari ke hari adalah makan, minum, rileks2 di bawah sinaran mentari, berak, kencing dan tidur. Peliknya apabila saya menziarahi lagi lembu-lembu dan kambing-kambing ini pada keesokan hari, mereka masih lagi serupa.
Oh, alangkah... Saya berfikir jika kita juga mempunyai kehidupan seperti itu, betapa ruginya orang yang membela kita. Bayangkan, makan, minum, berak, kencing, rileks2 depan laptop atau tv melayan cerita, tidur dan apabila tiba hari esok kita masih begitu. Sungguh dahsyat.
Namun, lembu tetap lembu dan kambing tetap kambing. Jika dijual, tentu mendapat hasilnya. Jika disembelih tentu mendapat dagingnya.
Setelah berminggu menyelidik lembu, saya mendapati kita sebagai manusia perlu menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Buang tagline "hidup aku, aku punya suka la." kerana pada suatu saat kita akan memerlukan orang lain. Sekian.

Banyak lembu ker kat yaman??ermm kalau difikirkan, manusia kadang2 murah lagi dari lembu..kerana rm200 dan kain pelikat, sudah boleh dibeli...paham2 lah, hihihi... Syeikh, ana ader komen kat artikel enta "masih belum terlambat" tu..harap jawab lah ky..ana tertanya2 gok, dari mana datang ibnu hajar ngaji lambat, umur 40 tahun tu???hii sebab ana baca lain..
ReplyDelete