Sedang saya lena tidur, saya dikejutkan oleh satu panggilan pantas. Macamana saya boleh lupa nak silent handphone selepas mengaji tadi pun saya tak tahu. Pagi-pagi di kala matahari malu-malu nk menunjukkan sinar memang waktu yang agak sesuai untuk melabuhkan tubuh di atas tilam. Jika tiada kerja.
"Wei, Assalamualaikum... Mu buat ape tu? Main bola jom.." Pelawa si Sudin, kawan saya yang sedang menumpang di rumah Presiden PERMAYA di Mazbah.
"Waalaikumussalam din.. Hm.. Tengok la.. Aku rasa nak pegi jugak ni.. Tapi dari tadi lagi, batoniyah (selimut) aku ni jadi berat.." Balas saya kemamaian.
"Mu gitu r, mari lalu r.. Main futsal ni.. Depan sakan." Gertak si Sudin dengan gaya jurulatih
"Okey.. Aku siap la ni..."
****************************************
Dari mana kelincahan yang saya dapat, masih saya tak dapat jelaskan. Rata-rata kawan-kawan saya yang bermain tadi saya dapat gelecek dengan mudah dan bersahaja walaupun saya tidak berniat untuk berbuat demikian.
Menjaringkan 8 dari 12 gol untuk pasukan saya telah melayakkan pasukan kami memenangi perlawanan pagi ini. Ramai yang datang menepuk-nepuk bahu mengucapkan tahniah atas permainan cantik pagi tadi.
" Mu main hari ni 'lek-lek' (sama sungguh) macam Messi" kata seorang kawan. Mungkin bangga bermain dengan saya hari ini.
"Esok mu jangan tak mari pulak tu, kita repeat" Laung Sudin dari jauh. Kecewa membawa pulang kekalahan mungkin.

Pap..Pap.. Kaki saya disepak dua kali.
"Wei, pukul sepuluh dah ni.. Mu kata nak buat ampaian, jadi tak?" Suara Tok Wan dengar tak dengar.
"Rileks lu.. Nak rehat jap Wan, letih main bola tak hilang lagi ni" Jawab saya dari dalam batoniyah.
"Masa mane mu main bola? Dari tadi aku tengok mu duk dalam selimut ni je?" Sergah Tok Wan sedikit keras, mungkin marah kerana merasakan dirinya dipermainkan
Saya juga marah kerana beliau seolah-olah tidak mempercayai saya. Lantas saya bangun untuk membuktikan saya pergi bermain bola tadi.
Tok Wan pandang saya, saya pandang Tok Wan. Penuh debaran.
"Mu gi main pakai kain ke?" Tok Wan akhirnya bersuara
Saya renung tajam mata beliau, saya lihat kain saya, berselang seli.
"Aku gurau pagi-pagi pun tak boleh ke? Kata housemate.." Saya berseloroh untuk menyejukkan suasanan tapi tetap mendapat renungan tajam Tok Wan.
Akhirnya, saya sedar bahawa saya menjadi Messi hanya di dalam mimpi.
Maafkan diri sahabatmu wahai Sudin, kerana tidak turun pagi ini.
"Monolog apa lagi, meh sini tolong buat ampaian ni... " Sound Tok Wan dari balkoni.

haha..bleh tahan mimpi mg mat..kih3x
ReplyDeleteust Mat duan,ana nak tanya sikit ni...kat yaman, pakai bank apa yang mudah?? senang lah ana kalau tahu awal2..mcm hari tu kat syria, ana guna maybank...tapi tu pun jd payah gak sebab yang mudah kalau tak silap, bank rhb...ky terima kasih..blajar molek..jd lah ulama haraki yang berjuang, jgn jd ulama pengampu dan penakut..hihihi....ikut mcm imam ahmad rahimahullah..
ReplyDeleteMaksud ana, biar ana boleh buka akaun kat sini awal2...ana pun nak gi sana gak..insya Allah, ana bercita2 nak ambil bhsa arab...doakan ana yer..ky selamat hari raya, maaf zahir dan batin..
ReplyDeleteAs-syahid mohd hilmi..