Saya suka suasana dulu-dulu.
Saya suka kenderaan dulu-dulu.
Saya suka kampung dan ahlinya yang dulu-dulu.
Saya suka suasana dulu-dulu yang tak banyak benda maksiat bukan macam sekarang.
Saya suka bila saya jadi supir ayah saya ke bandar dan ayah saya bercerita tentang bagaimana struktur Kuala Terengganu dulu-dulu.
Saya suka rumah saya yang ada dua telaga dan salah satunya berada betul-betul di tengah rumah saya sekarang. Jika masih ada mungkin boleh terus meminum air fresh dari timba.
Apapun saya sukakan suasana dulu-dulu kerana ianya bebas dari sebarang kegiatan tidak bermoral moden.
Setakat curi-curi buah, main kejar-kejar dengan ayam, mandi laut, cari ikan dalam parit dan segala kegiatan kampungan yang lain, tak ada apa-apa yang menarik untuk di'youtube'kan.
Jika diberi pilihan antara sekarang dan dulu-dulu, saya akan pilih dulu-dulu. Namun apakan daya "dia pilih KLCC dowh". Bagi yang tak tahu ungkapan bangang ni sapa punya, boleh tengok di sini.
P/s: Fenomena memilih tempat dan mengakhirkan ayat dengan perkataan dowh sangat popular sekarang, boleh tanya Lebai Google untuk maklumat lanjut.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.