Followers

11.24.2010

Sungguh, Bola Itu Bulat!

Semalam saya telah bermain bola mewakili pasukan Majmu' FC yang kebetulannya pasukan ini diwujudkan untuk orang-orang yang tak punya pasukan sendiri. Saya cuma hantar nama secara perseorangan dan pihak Lajnah Sukan dan Kebudayaan yang menyusunnya menjadi satu pasukan. Dari saat saya menulis tentang ini pun, yuran masih belum saya jelaskan.

Mungkin itu boleh dikategorikan sebagai punca pasukan saya tidak berjaya keperingkat seterusnya. Apa yang saya tahu pasukan saya hanya berjaya mendapat tempat ketiga peringkat kumpulan. Bolehlah tu.

Bola tetap bola, setiap permainan bola sepak ini tetap takkan berseri dengan perbalahan imma besar perbalahan yang berbentuk fizikal ataupun kecil yang berbentuk mulut. Maaf, bukan mulut hakiki, tapi majazi. Jika tak faham, sila buka kitab balaghah untuk rujuk apa itu hakiki dan majazi.

Dulu sewaktu saya muda-muda dulu, suka juga untuk bikin kecoh di padang. Rasa gembira datang sendiri tatkala melihat ada aksi-aksi panas yang menghiasi padang lebih-lebih lagi jika team saya berdepan dengan team yang yang lebih hebat. Darah muda. Hmm, terasa ingin mendendangkan lagu Memburu Impian sambil naik motor saja bila terkenangkan zaman muda ni.

Tapi sekarang, apabila saya melihat aksi-aksi yang panas tak tentu hala sambil sesekali diselangi dengan permainan keras mencari pasal terus menyebabkan saya terasa macam orang bodoh kerana pernah berkelakuan seperti itu dulu. Bodoh.. Memang bodoh.. Jadi jangan sesekali berkelakuan seperti itu kerana bila ada mata-mata yang melihat hanya akan menimbulkan kenyataan seperti "main bola je pun, takkan tu pun nak gaduh.. Bodoh.."

Nasib baiknya, semua belajar agama maka tiada kejadian yang tidak diingini terjadi. Masing-masing pandai mengawal perasaan walaupun ada juga yang tidak pandai mengawal mulut. Tahniah diucapkan kepada keprofesionalan penganjur, pemain dan penonton dalam menjadikan bola sepak bukan satu cara untuk bermusuhan tapi betul-betul merapatkan ukhuwwah.

Bola itu bulat maka kadang-kadang hari ini saya jadi hebat dan ada kalanya saya jadi macam tiang saja di tengah padang. Tapi bagi saya lantaklah kerana selagi saya gembira dan tidak marah-marah ketika bermain maka saya fikir saya sudah punya mental dan emosi sehebat Messi. Aduhai, bola itu bulat.

P/s: Mengikut ura-ura wartawan sukan, ramai yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya bagi pasukan mereka. MU dan Real Madrid masih berkira-kira untuk menghubungi PA saya kerana bimbang kewangan mereka tak mencukupi. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.