Followers

11.19.2010

Salam Adha 1431

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Sama-sama jadikan pengorbanan KhaliluLlah Ibrahim dan puteranya Ismail sebagai panduan untuk berkorban.

Saya sedikit sibuk sepanjang Eid Adha ini. Pengorbanan masa mungkin...
Masih lagi belum sempat menghubungi keluarga melepas rindu. Pengorbanan perasaan mungkin...

Namun...

Saya mengecapi gembira di sini...

Pengalaman yang dibayar dengan pengorbanan amat berbaloi untuk dinikmati...

Dalam keletihan, saya tersenyum..

Akhirnya berjaya juga saya menyembelih kambing raya ini.. Dengan tangan sendiri.. Mudah-mudahan ianya diterima Tuhan...

Dengan semangat Ibrahim dan Ismail, saya mahu jadi orang yang boleh memberi manfaat kepada manusia...

Mudah-mudahan hasrat ini juga dilihat Allah sebagai amal soleh..

Maaf salah silap saya... Sama-sama menjadi pejuang yang meninggikan agama ini dengan segala yang kita mampu... Salam Adha 1431..

P/s: Saya lewat lagi....

1 comment:

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.