Followers

2.23.2011

Amthal Baru... Amalkan!


Rasyid yang istimewa

Dalam subjek Bahasa Arab yang saya pelajari di USTY, ada satu bab yang membincangkan tentang Amthal (أمثال), yang maksud mudahnya ialah pepatah. Tapi ianya berbeza dengan hikmah kerana amthal ada cerita tersendiri di sebalik keluarnya ungkapan itu. Hikmah pula sekadar memetik kata-kata ilmuwan, pimpinan dan cendikiawan.

Contoh amthal dan hikmah:

Amthal

Terjemahan : Dia diupah dengan upah Sinimmar

Cerita di sebaliknya : Sinimmar adalah seorang jurubina handal, dia diminta untuk membina satu istana milik seorang raja yang mana Istana itu hendaklah menjadi satu-satunya istana yang paling unik dan tidak pernah ada satupun yang seumpamanya.

Setelah beberapa ketika, istana itupun siap. Dia diminta oleh raja untuk membawa baginda melihat keseluruhan hasil kerjanya itu. Apabila berada di tingkat paling atas, raja bertanya kepadanya, "adakah kamu yakin tidak akan ada lagi orang yang mampu membina umpama binaanmu ini?". Jawab Sinimmar, "Tentu sekali!".

Mendengar jawapan itu, raja memerintahkan dua pengawalnya agar membunuh Sinimmar yang malang ini. Sinimmar yang terkejut langsung bertanya, "Apa kesalahanku hingga kematian menjadi upah kepada hasil kerjaku?". Raja menjawab, "Tiada apa, cuma apa yang aku mahu dari kematianmu adalah rahsia bagaimana kamu membina istana seindah dan seunik ini terkubur bersama-sama kamu dan bangunan ini kekal menjadi binaan yang paling indah dan unik".

Sejak dari kejadian itu, sesiapa yang membantu dan menolong seseorang dan dibalas dengan keburukan, maka ungkapan "Dia diupah dengan upah Sinimmar" akan dikatakan kepada mereka.

Hikmah

Terjemahan : Masa itu umpama pedang, jika engkau tidak memotongnya, maka pedang (masa) itu akan memotong engkau.

Cerita di sebaliknya : Tiada

Jadi berkenaan tajuk entri pada kali ini, saya mendapat satu ilham untuk mengingatkan diri saya bahawa agar selalu berjemaah di masjid iaitu dengan ungkapan amthal baru reka ini:

~.'.~Malulah kepada Rasyid dan tiangnya~.'.~

Cerita di sebalik penemuan agung amthal terbaru ini begini, di masjid yang paling hampir dengan rumah saya, terdapat seorang yang kurang betul otaknya, bahasa senang fahamnya adalah sedikit gila. Bukan gila-gila, tapi gila.

Istimewanya, setiap kali waktu sembahyang, muka beliau pasti ada. Jarang sangat beliau ketinggalan menunaikan solat secara berjemaah. Pernah suatu ketika, dua tiga hari beliau tak kelihatan, apabila ditanyakan kepada para jemaah di situ, barulah saya tahu bahawa beliau jatuh sakit.

Lupakan saja perangainya yang gemar menoleh ke belakang ketika sembahyang. Kadang-kadang tu siap jelir-jelir orang lagi. Tu tak masuk lagi dia marah budak-budak bising time sembahyang ketika Imam habis baca Fatihah serta-merta dia sempat aminkan sekali.

Itu tak penting pasal dia gila. Tapi yang penting, gila-gila diapun, dia masih pergi sembahyang jemaah di masjid. Kita sebagai mahasiswa universiti ternama yang mengaji bermacam-macam ilmu sepatutnya rasa malu dengan Rasyid dan tiangnya.

Selepas ini, jika saya tidak ke masjid, tolong ungkapkan amthal ini kepada saya, "Malulah kepada Rasyid dan tiangnya". Sekian.

*P/s: Nak cam Rasyid, senang sahaja. Pergi ke Masjid Ibnu Amir Son'aanie dan cari beliau di tiang kedua dari pintu masuk sebelah kanan. Dia selalu menyebut Allah yuzawwigak kepada orang yang bersalam dengannya.

**P/s: Allah yuzawwigak! Allah yuzawwigak!... Qul aameenn!


***P/s: Gambar bakal menyusul. :)

1 comment:

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.