Followers

3.07.2011

Cerita Dari Kawan, Teguran Perlu Difikir!

Semua orang tak sempurna, ada yang baik, ada yang buruk. Tapi seperti kata pepatah Cina yang telah diterjemah, "berbuat salah itu tidaklah aib, tapi kekal berada dalam kesalahan itulah keaiban sebenar."

Rasanya, dengan pendahuluan yang cantik luar cantik dalam tu, pasti entri ini akan dipenuhi dengan tulisan yang bernada hikmah. Maklumlah, nak tegur orang ni, paling baik adalah dengan berhikmah.

Respon pada tulisan sahabat saya yang kecewa dengan tindakan sesetengah, bukan semua. Sekali lagi, sesetengah orang yang memahami tarbiah kononnya, yang mendalami usrah dan bermacam lagi program tarbiah lain tapi mempunyai mulut yang agak kurang ajar dan kurang menghormati pandangan orang lain. Sebab tu saya kata sebilangan, bukan semua.

Baik, pada saya orang ini bermacam jenis. Jenisnya pula adalah bergantung kepada suasana di rumah, persekitaran dan kawan-kawan. Ini terbukti apabila Rasulullah pernah dikasari oleh seorang Badwi yang menarik serban di leher Rasulullah hingga merah leher baginda akibat sentapan kasar itu. Tapi, Rasulullah tak kisah kerana baginda tahu memang badwi adalah kalangan orang yang kasar dan tidak berprotokol. Persekitarannya begitu.

Tapi dari didikan TARBIYAH Nabawiyyahlah, bangsa Arab badwi yang kasar ini berubah menjadi pejuang Islam yang mempamerkan gah kepada orang kafir dan mengasihi sesama saudara seagama.

Tapi hairannya, kenapa sampai kawan saya kecewa dengan sebahagian golongan yang bertarbiyah ini? Di mana silapnya? Adakah mereka tidak membaca tentang akhlak dan adab berjemaah? Tapi itu tidak mungkin kerana paling kurang untuk mengatakan diri masing bertarbiah menurut sesetengah pendapat adalah dengan mengikuti tamrin yang macam-macam peringkat. Menurut sesetengah pendapatlah dan mereka telahpun melepasi semua itu dengan jayanya.

Bahkan jika di sana ada lagi puluhan peringkat, nescaya mereka akan memasukinya. Lalu, di mana silapnya hingga mereka lupa untuk menjaga hati dan perasaan orang yang tidak faham tarbiah, khususnya macam saya dan sahabat saya yang sekadar mengambil berkat perjuangan dengan memimpin dan bersalam dengan ulama' yang berjuang sahaja.

Nah, selepas difikir-zikir, saya mendapati ada satu seni yang perlu dititikberatkan oleh sebilangan golongan tarbiahan ini iaitu seni memahami manusia. Benar, ramai saja yang boleh membaca ayat al-Quran yang bermaksud :

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan dengan penuh hikmah (bijaksana) dan peringatan yang baik..."

Namun bacaan itu sekadar beralun sahaja tanpa membedah dengan lebih dalam apakah yang dimaksudkan dengan ayat tersebut. Saya kurang tarbiyah dan saya hanya layak mencadangkan bahawa bagi sesiapa yang lebih layak hendaklah dia mendalami ayat ini.

Saya dan kawan saya faham jika kami bakal dihentam dengan kata-kata seperti tak faham konsep perjuangan, perlu lebih banyak tarbiah yang perlu diberikan kepada kami dan lain-lain. Kami hanya mahu menjawab, silakan. Kami memang kurang mahir selok-belok bidang ini dan kami mahu difahamkan. Jangan jauhi kami.

Berbalik kepada memahami manusia, saya sangat terkesan dengan cara Imam as-Syahid Hassan al-Banna mendekati manusia. Beliau menyentuh manusia dengan sentuhan pertengahan. Tidak mengangkat diri sebagai manusia suci yang cukup tarbiah serba-serbi. Kisah beliau yang memegang hati manusia dengan pegangan manusiawi benar-benar menjadikan saya berfikir, inilah kombinasi dakwah dan tarbiyah sebenar.

Jika saya dan kawan saya yang itu salah, tolong betulkan saya kerana kami mungkin salah faham tentang cara tarbiyahan pengasas IM itu. Jangan hukum kami dengan tidak berkongsi kisah sebenar dengan kami.

Namun jika benar sebilangan dari yang faham tarbiah ini tidak dapat memahami seni membaca manusia hingga menyebabkan setiap teguran yang dibuat menimbulkan gurisan di hati orang tidak faham, maka janganlah melakukannya. Kerana menghukum orang yang tidak faham tarbiah sebagai orang yang tidak memahami ukhuwwah kerana cepat terasa hati adalah hukuman yang bodoh.

Bodoh kerana apa, kerana menghukum persekitaran dengan melihat keadaan diri sendiri. Masih tak faham? Ini kerana melihat diri sendiri sebagai orang cukup tarbiah lantas menghukum orang lain sebagai orang yang cukup tarbiah juga seterusnya bila mangsa tersebut terguris dengan teguran tidak berhikmah kita lalu dikatakan bahawa kamu ni tak faham tarbiyah dan ukhuwwah. Harap faham!

Sekali lagi saya mahu mengungkapkan pepatah ini:

"berbuat salah itu tidaklah aib, tapi kekal berada dalam kesalahan itulah keaiban sebenar."

Akhir kata, setiap percakapan, perbuatan dan tingkah laku kita diperhatikan. Orang sekarang bukan macam dulu. Orang sekarang berfikir sebelum menerima, tidak kira menerima dari ustaz ke, dari bomoh ke, dari cikgu ke. Jika yang memberi tak bercakap serupa bikin, saya kira agak payahlah orang nak menerima.

Yang tak mulia,
Orang Kurang Tarbiah

*P/s: Tulisan ni bukan untuk menjatuhkan, tapi untuk muhasabah.
** P/s: Ini sepertimana yang dialami oleh kawan saya di Malaysia dan juga saya di merata dunia.
***P/s: Sekali lagi disebut, sindrom diri suci ini tidak melanda semua para tarbiayawan. Sedikit sahaja yang mengalaminya. Tapi sedikit ini bisa merosakkan. Harus waspada!

5 comments:

  1. salam perjuangan menuntut ilmu ya akhi. bagaimana dengan pengajian di sana? semoga anta dan sahabat lain berada dalam rahmat dan redha Allah.

    betul akhi untuk menegur orang ini perlukan hikmah dan cara yang paling bijak. salah tegur silap gaya ditohmah macam-mcam. terkadang kita meletakkan emosi di hadapan dan bukannya kebenaran. maaf cakap.

    berat sebenarnya apabila kita berada di lapangan tarbiyah dan da'wah. tambahan pula kita pula banyak melakukan dosa kepadaNya. bukan orang lain, ana pun tidak terlepas daripada ujianNya.

    sukar untuk kita membuatkan semua orang berpuas hati dengan tindakan kita. hanya berlaku kesilapan yang kecil sahaja seseorang itu boleh dianggap 'musuh'.

    akhir sekali bahasa tulisan jauh daripada menepati maksud sebenar bahasa lisan. harapan ana agar apa yang melanda dapat dijernihkan kembali dengan tujuan mencari kebenaran dan bukannya menjatuh maruah mana-mana pihak atau individu.

    insan yang masih belajar.

    http://abuaiman786.blogspot.com/2011/03/sukarnya-mengakui-kesilapan.html

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, khair.. :)

    Sama-sama muhasabah.. Sahabat cerminan kita, semoga bawa kebaikan insyaAllah... :)

    ReplyDelete
  3. Masya Allah..kdg2 perlu kita semua saling memahami dan menyedari setiap manusia itu pasti dan pasti tidak sempurna..ana terkdg2 terlupa perkara tersebut..Allahuakbar, mudahnya ana melupakan kebaikan seseorg yg BANYAK dgn hanya salah yg SEDIKIT..
    Perjuangan itu pnjang, sukar sekali..kdg2 trbiah itu tidak smestinya dgn tamrin dan usrah semata2..ujian, teguran dll itu semuanya tarbiah..seperti mana ada yg sebut, trbiah ikhwan muslimin ialah penjara...teringat ana ungkapan syaikh ibnu taimiyyah, beliau rahimahullah mengatakan "apakah yg dapat dilakukan musuh2 ku? syurga ada di hati ku, jika aku dipenjara, aku beruzlah..dibuang negeri, aku bermusafir/mengembara..jika aku dibunuh, aku mati syahid.." Allahuakbar, kenapa ye pengikut2 ibnu taimiyyah(kononnya) 40 ulama muda(ulama lah kot) tidak mahu ikut ibnu taimiyyah dalam perjuangan Islam??Sebaliknya menjadi mata rantai perjuangan sekular yg jauh terpesong dari Islam??


    Yang tak mulia(hamba yg hina),
    Orang Kurang Tarbiah

    ReplyDelete
  4. ana lah kawan enta tu yer..hehe harap2 org2 yg telah tinggi tahap perjuangan mereka itu kembali lah menilai sikap dan perbuatan mereka..usah diharap kita yg kurang tarbiah ni kena memahami, mereka dulu yg sepatutnya memahami kita yg kurang trbiah ni..ana teringat di poli, alangkah berkesannya kalau naqib usrah ana di poli memainkan peranan menunjukkan akhlak yg mulia kepada sbhagian shbat2 ana..tetapi shbt2 ana walaupun mereka PAS, ada yg berkeluarga dgn tg nik aziz, mereka tidak mahu join usrah PAS di poli..bukan kerana takut, tp kerana tak boeh gi(cannot go) dgn si naqib usrah ana di poli tsb..masya Allah, bimbangnya kalau ramai yg sebegini..akan menyebabkan fitnah yg besar pada perjuangan Islam..subhanallah..ana sampai kdg2 terpikir, apa yg kurangnya dgn tmrin dan usrah Pas..?? Adakah trbiah2 tsb hanya melahirkan org2 bersikap keras dan dot dot dot..ana tak jumpa lagi setakat ni yg ok dalam tarbiah dan ok dalam hubungan dgn manusia..oh ader sorg kot..khir shamsuddin..wallahu'alam..

    ReplyDelete
  5. Ukhuwwah ni, paling rendah tahap dia adalah lapang dada.. Paling tinggi ithar...

    Mendahulukan sahabat dalam perkara dunia. macam syahid 3 serangkai yang mati kerana menolak air yang diberikan pada mereka kerana merasakan sahabat mereka lebih memerlukan..

    Kita kalau tak dapat yang ithar, dapat lapang dada pun dah kira cantik dah..

    Kita berbeza kerana kita saling melengkapi.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.