Followers

3.26.2011

Salah Makhraj

Dalam hari Khamis lepas, saya telah pergi ke satu klinik gigi di area Gong Badak. Maklumlah, balik dari negara yang rata-rata kedai makan di sana menghidangkan teh pekat, tak dapat tidak ada juga kesan-kesan keemasan yang melekat di gigi.

Tapi ini bukanlah cerita gigi. Saya ada satu cerita silam berkenaan kawasan tersebut. Berdekatan klinik gigi tersebut ada satu farmasi. Saya pernah masuk ke farmasi tersebut untuk mencari satu jenama pencuci muka. Namanya Lore'al.

Saya masuk dan bertanya perempuan muda yang menjaga farmasi tersebut,

"Lore'al ada tak? Kat mana?" Saya bertanya dengan nada jantan

"Oh, Lore'al, sini... " sambil melenggangkan badan menuju ke satu rak berhampiran.

Apabila sampai di rak tersebut, saya terkesima sekejap, kerana hampir kesemua rak tersebut memaparkan tuala wanita pelbagai jenis.

Saya tanya kembali " Lore'al kat mana?"

Dia menjawab sambil mengambil satu tuala wanita dan mengunjukkan kepada saya.

Tuala wanita tersebut tertulis Laurier.

Lore'al dan Laurier tu bunyinya dekat-dekat. Jadi, hati-hati.

P/s: Hari itu, saya rasa janggut saya cukup lebat untuk membuktikan saya lelaki.

5 comments:

  1. aiya....tebal muka ust kita. nasib baik ada suara jantan.

    p/s : bila nak mai bagi kuliah maghrib kat dungun skali?

    ReplyDelete
  2. hahahahah...lawak!

    ReplyDelete
  3. Mat ropi - Tebal x tebal la pi.. Tapi bile check balik, bukan salah makhraj pasal ambe sebut betul dah.. Loreal bunyinye loriyel..Imalah skit situ. Kalau Laurier bunyinye loriyer.. straight je e ye..

    Kuliah maghrib dungun ke? Malu ngan ustaz2 dungun.. Dalam tranung, dungun paling ramai skali ustaz.. Hehe

    ReplyDelete
  4. lawak2..
    muke meroh dok ust??

    kalo sini himar ngan hirom org salah sebut.hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.