Setiap kali demam, orang yang mula-mula kita ingat pasti ibu kita. Saya memanggil ibu saya dengan panggilan emak. Banyak perkara yang buat kita rasa mahu demam di sisi ibu kita lebih-lebih lagi bila demam yang diselang-seli dengan muntah-muntah.
Saya jarang demam dan apabila demam biasanya pasti akan berlarutan. Bukan sekadar larut malam, bahkan ianya mencapai 3-4 hari. Tempoh paling lama saya demam adalah seminggu dengan lebihan beberapa hari. Mujurlah demam itu lokasinya di rumah.

Apa yang buat saya selesa untuk demam di rumah adalah layanan dari ibu yang saya panggil mak itu. Sebagai jururawat rasmi keluarga, turun temurun mak saya memerhati setiap anaknya yang sakit. Di bawah adalah senarai tugasan yang beliau buat jika anaknya kegeringan.
Menjaga jadual makan ubat, selalu dipesannya makan waktu sekian-sekian. Biasanya saya buat aksi hero kononnya tak perlu makan ubat pun boleh sihat apa. Tapi, mak tetap mak.
Isi air dalam bekas, setiap beberapa jam mak akan datang dan sapu air kat kepala sambil kata, "tak lama lagi baik la ni".
Kadang-kadang air tu mak letak asam jawa. Mungkin untuk membantu mencepatkan lagi proses penurunan suhu badan.
Mak buat bubur nasi pasal orang demam biasanya tak ada selera nak makan bagai-bagai. Tapi pasal mak terer buat bubur, adik-adik saya yang tolong habiskan. Terima kasih kerana tak membazir.
Dulu masa kecik. Betul masa kecik dulu, mak saya tidur kat sebelah pasal orang demam biasanya mengigau yang pelik-pelik. Masa kecik je. Siyes. Saya mengigau benda besar dan benda kecik datang menghantui (sungguh dramatik) tidur saya. Abang saya pulak kalau demam, dia berhalusinasi orang pikul beras atas alang rumah. Halusinasi itu sungguh rajin.
Mak akan keluarkan dua tiga helai selimut dan selimutkan saya dengan harapan badan saya berpeluh dan demam saya akan lebih cepat kebah.
Mak saya akan gosok belakang saya kalau saya muntah. Sungguh lega selepas digosok.
Kadang-kadang, kalau badan panas sangat, mak saya akan rebus halwa kundur untuk diminum. Halwa kundur itu, dimakan begitu saja pun sudah enak, inikan pulak direbus.
Itulah mak saya, bertugas tanpa diminta. Saya merasa sangat selesa untuk demam disisinya. Oleh itu, setiap kali kita demam dan ibu kita menjaga kita bagai nak rak satu perkara yang kita harus fikir, mampu ke kita jaga ibu dan ayah kita macam tu bila dia orang demam dan sakit kelak.
P/s: Tulisan ini adalah untuk ahli bayt Iman khasnya yang telah demam bersama saya baru-baru ni. Saya tahu anda rindukan ibu anda walaupun anda berlagak cool.. Hehe
Alhamdulillah juga kerana Allah tidak memanjangkan demam saya. Alhamdulillah

lama dah saya tak demam, mintak2 dijauhkan. betul tu, blh dikatakan saya ni spesis demam yg mimpinya meracau2, sukar nk dapatkan maksud mimpi itu. tapi mungkin seperti pakcik duan ceritakan itu, ada benda besar, tapi tu semua masa kecik2 dulu la, zaman persekolahan,
ReplyDeletep/s : tapi satu je tips mak saya bagi apabila demam, selsema, batul dll, iaitu minum air suam je bnyk, walaupun muka sudah puas, hahahaa.
Tips yang berguna.. Bleh dijadikan amalan ni..Hehe
ReplyDelete