Followers

8.05.2010

Tanggungjawab La Tu!



Bagi manusia yang ada otak yang masih normal dan tidak pernah cedera atau mengalami gegaran otak sekaligus menyebabkan otaknya senget pastilah tidak lekang dari rasa ingin bertanggungjawab. Jika ditanya pasti ramai yang menidakkan tetapi dalam diam, sifat mahu mengambil tanggungjawab tetap ada.

Betul atau tidak dakwaan tersebut terpulang kepada penilaian masing-masing tentang tentang perasaan ingin bercinta, menjaga, memaju, melawan, membela dan lain-lain lagi. Contoh, bagaimana kita ingin bercinta jika tidak mahu bertanggungjawab. Tipulah jika ada yang mengatakan bahawa cinta mereka bukan tanggungjawab. Aci kerat jari.

Buktinya mudah, jika tiada tanggungjawab, tiada langsung rasa mahu membetulkan kesalahan pasangan, tiada langsung rasa mahu memperbaiki perhubungan, tiada langsung rasa cemburu jika ada lelaki ganteng lain mahu potong line perhubungan kita. Betulkan?

Jangan nafikan perasaan tanggungjawab itu kerana ianya adalah umpama anda menafikan bahawa pusat di perut anda berfungsi sebagai penyalur makanan suatu masa dulu. Jangan panjangkan dengan soalan apa fungsi pusat kepada kita pada hari ini kepada saya kerana saya masih tidak punya jawapan untuk itu, noktah.

Jika tiada rasa mahu bertanggungjawab, pasti tidak wujud adik/abang/kakak angkat di zaman moden yang penuh kereta dan telefon bimbit ini. Eleh, buat-buat geli pulak dengar kisah adik abang angkat ni. Jangan selindung kerana itu adalah perasaan yang pasti ada bagi manusia normal. Perasaan mahu menjaga walaupun kadang-kadang dirinya sendiri tidak terurus.

Tapi perasaan tanggungjawab ini wajib disalurkan dengan betul kerana jika tiada aturan pasti menjadi hodoh dan jahat. Kerana sebaik-baik perkara itu sederhana. Jangan terlalu kurang dan jangan pula terlalu lebih. Ikut jalan yang diturap oleh agama pasti jalannya selesa dan tidak menyakitkan rohani.

Islam itu fitrah, Islam itu gaya hidup!
Jom bertanggungjawab.

P/s: Jangan menolak sebarang pertolongan yang mampu kita bantu. Tamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.