Malaysia pada akhir bulan Ogos ini akan merayakan kemerdekaan kali yang ke 53. Tapi kini, rasanya negara dan semakin dicengkam penjajah. Penjajah yang datang bukan dalam bentuk berbaju tentera dengan senapang lengkap benet di muncung. Bukan juga datang dengan pakaian bangsawan orang putih. Semuanya bukan.
Hari ini penjajah datang dalam bentuk tiru macam mereka. Tiru gaya mereka. Tiru bahasa mereka. Tiru hidup mereka. Tiru segala-galanya yang datang dari mereka. Perbuatan meniru itulah yang menjajah kita hari ini.
Mereka dedah batang tubuh mereka pada khalayak, kita tiru!
Mereka telanjang dalam filem, kita tiru!
Mereka berskandal sana-sini, kita tiru!
Mereka hilang darateruna di usia remaja, kita tiru!
Mereka gilakan hedonisme, kita turut serta!
Mereka terlompat-lompat di pesta, kita sama terkinja-kinja!
Mereka pakai Levi's, Adidas Paul Smith dan Rayban, kita menyauk turut bising bangga!
Mereka hilang malu antara uda dan dara, kita turut terkena gatalnya kera!
Kita dijajah dengan merasa gaya hidup mereka hebat. Kita dijajah dengan mengalihkan kiblat kita dari mengadap Kaabah supaya mengadap mereka. Kita tidak mampu bangga dengan agama budaya bangsa. Agama dilihat bodoh dan menghalang. Budaya hanya barang lapok berkulat sahaja. Bangsa pula dipandang tiada rupa.Kita sebenarnya masih jauh dengan merdeka!
Kerana kononnya lama merdeka, anak sebesar dua tapak tangan boleh dijumpai di mana-mana. Dalam longkang, lubang jamban, tong sampah malahan di gonggongan anjing liar. Inilah lambang merdeka. Merdeka daripada dosa dan neraka fikir mereka. Tapi harus diingat. Allah tak pernah lupa. Allah ada dan sentiasa mengingati muka mereka yang sedang nikmat berzina dan buang anak dengan muka selamba.
Terkini lagi sensasi, bila 2010 menyajikan cerita tentang tunang yang tak lagi menjaga tunangnya dari sebarang anasir gangguan. Malah disuakan pula tunangnya ini kepada rakan yang menang judi. Gila sungguh gila. Belum lagi kahwin dan cuba dagangkan tunang.
Tahun ini, merdeka sepatutnya disambut dengan muka sedih dan insaf. Harus cari jalan bagaimana mahu merdeka dari dosa yang bertimbun di negara kita. Jangan sampai datang bala untuk menyapu segala laknat yang telah kita buat.
Taubat Allah sangatlah luas dan akan terbuka pintunya selagi matahari belum berubah terbitnya. Jangan kita jadi orang yang menyesal setelah itu berlaku.
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 53
Merdeka yang sebenar, adalah merdeka dari kemurkaanNya.
P/s: Selepas 6 orang PM Melayu Islam memimpin negara, kita masih lagi tak mampu menarik nafas lega.

entry yg TEGAS.
ReplyDeletemolek ator kt BH ni..
Ye ke? Ingat nk hantar gak,hehe.,.,
ReplyDelete