Followers

7.22.2009

Durian's Hill XPDC


Tuan punya bukit, selalu sibuk! Hehe

Selesai sembahyang Subuh tadi Sabri telah mempelawa saya untuk menyertai satu trip ke bukit durian milik beliau di Marang. Kaya sungguh beliau ini, bukit pun beliau beli. Hehe. Saya dengan senang hati terus menerima ajakannya walaupun dalam keadaan mengantuk. Bukanlah kerana saya ni kaki durian, tapi sekali-sekala release tension di bukit beliau pun apa salahnya.


On the way ke rumah Sabri

Saya bertolak dari KUDQI selepas pertemuan AJK Nadi I'jaaz Ilmi kira-kira dalam 10.45 pagi. Kata Sabri, jika beliau menunggang kuda WKDnya, ianya hanya mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja. Hebat betul beliau jika digandingkan dengan motornya itu. Hairannya, saya ke rumah beliau hampir menjengah sejam baru sampai. Mungkin saya ini terlalu berhemah dalam pemanduan kerana saya mempunyai begitu banyak list orang-orang yang tersayang untuk diingati.

Terus ke cerita bukit durian, saya tiba di rumah Sabri jam 12 tengahari dan bertolak ke bukit sekitar jam 2.30 petang. Kata beliau, bukitnya tidak ada durian, tahun ni tak menjadi lalu beliau mencadangkan agar kami pergi ke bukit datuknya yang lebih rendah dari bukitnya itu.


Sampai ke muka pacat ni, apa hal. Muka Ukasyah ni.

Halangan pertama kami adalah demonstrasi pacat yang maha banyak. Sekali kaki bergerak, berpuluh-puluh pacat meliuk lintuk mencari dari mana datangnya bau manusia ini. Cepat sekali pacat datang ke kaki, macam jamuan kahwin lagaknya. Datang menghinggap kaki sekaligus mengendurikannya. Selaku seorang yang berpengalaman, beliau mengeluarkan ubat yang mujarab untuk menghalau pacat-pacat yang lapar ini.

Sebiji bagi setiap orang katanya sambil membahagikan buah limau kasturi kepada setiap orang. Maklumlah, chief of the mission kan.. Tanpa lengah, kami pun melumurkan limau itu ke kaki dan sengaja menitikkan air limau itu ke atas pacat yang gatal naik ke kaki masing-masing. Menggelupur pacat tu, tergolek menyembah bumi. Masing-masing ketawa bangga atas kejayaan mereka menewaskan pacat itu.

Baru hendak memulakan pendakian, Sabri menerima panggilan telefon dari Ukasyah, bertanya di mana tempat kami berada sekarang. Tidak dapat tidak, kami terpaksa menunggu lebih kurang 15 minit lagi untuk membolehkan kami menaiki bukit durian itu. Masa yang ada tidak dilengahkan, Saifullah memulakan tugas mengungkas pokok duku dan orang yang berada di bawah mula melebarkan baju menadah buah duku yang bakal dilempar Saifullah ini.

Ukasyah sampai, kami pun memulakan pendakian. Jalan punya jalan, dari langkahan biasa kepada langkahan yang lebih jauh dan memerlukan tujahan kaki belakang yang kuat untuk terus naik. Kami jumpa dua simpang, ke kanan yang banyak pokok buluh atau ke kiri yang jalannya lebih harmoni. Sabri memilih kiri, katanya "betul dah wase..". Melongo semuanya mengekori Sabri. Jalan semakin mencabar, bunyi bebelan orang di belakang saya makin kuat dengan harap chief of the mission mendengar rintihan mereka. Kira-kira 10 minit berjalan, Sabri berhenti di sebuah batu besar. Rehat barangkali fikir saya atau mungkin sudah sampai.

Sabri membuka telefonnya, membuat panggilan dan bertanya "bukit tokki belah kiri ke belah kanan hok banyak pokok buluh tu?" Saya mula menyedari, dah salah jalan la tu. Selesai bercakap, Sabri berkata, "nanti jap weh, pak sedare aku mai r nanti.. Lama tak mari boh, tak ingat dah jalan hok mane" Tambahnya lagi.

Sambil-sambil menunggu, beliau mengajarkan lagi teori yang boleh digunakan di dalam hutan. "Whuuuu......" Beliau menjerit. "Kalau kita sorang je dalam hutan ni, jerit gitu la, tengok ada orang lain tak dalam hutan ni.. Haa dengar tu.." Sambil menadah telinga mendengar satu lagi jeritan mirip jeritannya.. "Okey, jom.."

Kami berjalan lagi dalam 15 minit dan akhirnya sampailah kami ke bukit durian milik datuk beliau itu. Berpeluh-peluh masing-masing bila sampai di sini. Macam baru lepas main futsal. Ada yang terus mencari durian dan ada juga yang melabuhkan punggung di atas pangkin yang dibuat bapa saudara Sabri.

Macam-macam ragam, betullah kata seorang sahabat saya, kalau nak buat program mengeratkan ukhuwwah, buatlah di tempat-tempat begini, lagi susah cabaran yang dihadapi, lagi erat ukhuwwah yang akan mengikat kita. Dalam masa sekitar setengah jam atau lebih inipun, ianya telah membuat kami mesra dan selesa apatah lagi sehari dua. Tapi jika berkhemah, saya memilih tempat yang lain, yang kurang sikit pacatnya. Hehe.


Antara lauk special tengahari itu

Sampai di rumah Sabri, kami di jamu dengan jamuan kampung asli. Masak lemak sayur rebung, gulai ayam kampung, singgang, jantung pisang celur, sambal belacan, budu, petai dan resipi spesial keluarganya, lada nyor. Makan sampai menangis kesedapan(Itu hanya kinayah/bandingan). Lama benar tak merasa kampung begini. Minum pula air kelapa yang dipanjat beliau, fresh dari ladang. Itu sahajalah coretan trip ke bukit durian kali ini, kalau anda nak merasa, berkawanlah dengan Sabri. Hehe. Ri, aku pomot mu ni, komisen tu jangan lupe. hehe. Setakat ini dulu, moga ukhuwwah antara kita berkekalan hingga ke akhir hayat dan bakal disambung bila kaki menginjak syurga.

Lain-Lain Gambar


Lukman berada di tepi sebatang pokok durian yang berusia... er, lama jugak la..


Ni bukan sejenis tarian, tak ada kena mengena langsung dengan upacara memanggil hujan. Ianya adalah untuk memastikan pacat tiada di kaki. Pakai but pun takut ke?


Yang tengah kopak durian tu, baru balik dari Indonesia. Lama tak makan kot, tu nampak rakus dan bergaya tu!


"Lihatlah hasilnya" kata Hami sambil menunjukkan urat-urat yang berselirat di tangan beliau.


Ni la wajah-wajah yang menyertai trip adventure ini (Ukasyah tiada dalam gambar kerana dipaksa mengambil gambar)


Looks like a warrior's from Sabr's Mountain, isn't? Angguk je, jangan malu-malu.hehe


2 tough durian's carrier..



Sayur rebung special.


Nampak saja sopan, bila dah bismillah, maka tak sampai 7 minit, segalanya sudah boleh dibasuh


Balik....Thanks to Sabri n Family

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.