Assalamualaikum w.b.
Kali ini, saya mahu menulis tentang nilai pendidikan khususnya dalam jiwa orang yang berada di dalam perjuangan Islam di Malaysia ini. Nanti dulu, sebelum anda beranggapan bahawa saya menulis ini atas dasar SS (Syok Sendiri), saya mahu terangkan di sini bahawa tulisan ini adalah dari pengalaman ciput yang saya ada, perbincangan dengan orang tua saya, luahan yang saya dengar dari masyarakat dan hasil pemerhatian saya pada keadaan sekeliling
Sekadar cadangan, mungkin terselit kritikan tetapi bukanlah untuk menjatuhkan, sekadar mahu menyegarkan, andai ada yang tidak kena dengan apa yang diperkatakan, maka kemaafanlah yang saya dahulukan, cuma apa yang saya harapkan, jangan sesekali menutup fikiran, renungilah dengan dada yang lapang. Tu la, kang tak pasal-pasal dah bergurindam. hehe
1- Perkara nombor wahid yang wajib ditekankan oleh institusi pendidikan jemaah adalah kualiti pendidikan itu sendiri. Saya bukan siapa-siapa dalam hal menentukan kualiti ini, bahkan orang besar-besar berucap dalam majlis idul ilmi, MIBG, JIBG dan Konvokesyen pun sentiasa menekankan tentang betapa kualiti ini penting. Tetapi betulke penekanan dari ucapan ini berjalan seiring dengan tindakan, sila fikirkan.
2- Sebagai institusi bagi sebuah jemaah Islam terbesar negara, mahu tidak mahu usaha untuk melahirkan pelapis kepada generasi yang ada sekarang mestilah diperhebatkan, bukan mahu membangkang, tetapi mahu menjelaskan bahawa usaha yang ada sekarang hanya sekadar akan melahirkan pemacak bendera, pengutip derma dan lain-lain tugas yang diperlukan ketika terdesak. Saya tidak memaksudkan bahawa tugas-tugas di atas ini tidak mulia, tetapi tugas tersebut terlalu sedikit jika dibandingkan dengan matlamat sebenar penubuhan institusi jemaah ini. Lalu saya memohon agar ditingkatkan lagi usaha melahirkan pemimpin, bukan sekadar penyokong dan pendokong semata-mata. Apa yang pasti, usaha ini haruslah melibatkan semua ustaz-ustazah-pendidik-pensyarah bahkan pimpinan PAS dan bukan hanya dibiarkan bahu pimpinan pelajar sahaja yang memikulnya
3- Saya berjalan-jalan di sana-sini pada dua tiga minggu ini, saja mendengar cerita-cerita sensasi yang boleh diterjemahkan ke dalam tulisan, lalu dari apa yang saya dapat dan saya perhatikan, para pendidik terlalu sibuk dengan urusan jemaah, sehingga membawa kepada terabainya kelas-kelas pengajian. Jika saya sebagai pelajar, pastilah menjadi suatu kebahagiaan bila tiada kelas, tetapi semenjak menjawat jawatan sebagai pemerhati dari luar ini, saya cukup merana bila saya lihat pelajar-pelajar yang semangat partinya cukup kuat (PRK di mana-mana pasti akan turut serta) akan tetapi persediaan dari ilmu dan ma'rifah amat-amat menyedihkan. (Termasuk saya)
4- Saya mahu memberitahu, usaha-usaha meningkatkan pengetahuan agama sedang gigih dibuat oleh pihak lawan, jika kita tiada daya usaha untuk menjadikan institusi pendidikan kita menjadi yang lebih baik, maka kita sudah tewas sebelum perlawanan final diadakan. Saya rasa jika kita mampu menyusun kerja kita dengan lebih sistematik dan berstrategis, saya fikir, belajar di bawah pokok pun sudah memadai untuk melawan mereka yang belajar dengan bangunan agam berfasiliti tinggi ini.
5- Cis, kau cakap memanglah senang bhai!... Saya akui, memang senang sekali bercakap dan menulis itu dan ini, tetapi jika frasa "Cis, kau bercakap memanglah senang bhai!" atau yang sewaktu dengannya sering diulang-ulang dan dijadikan jawapan tetap, tanpa cakap banyak, saya berani katakan bahawa setakat itu sajalah tahap yang kita mampu capai.
6- Akhir tulisan, saya terdorong untuk menulis ini kerana saya merasakan mereka yang berada di institusi pendidikan kerajaan lebih hebat perjuangan mereka, lebih idealis tindakan mereka dan yang lebih penting kewujudan mereka lebih relevan dengan suasana mu'asoroh. Ingat Allah boleh memilih orang lain untuk meneruskan KalimahNya di atas muka bumi ini. Semoga kita sentiasa menjadi pilihan Allah.
Akhir kalam, semoga institusi pendidikan jemaah benar-benar mempunyai mutu untuk melahirkan pemimpin Islam berkualiti samada dari kepimpinannya dan ilmunya.

Ana setuju dengan artikel us.Bkn mengondem mane2 pihak. Cuma tuntutan sekarang lebih memerlukan pemimpin yang paling berilmu dan faqeh dalam bdg msg2. Semangat sahaja tidak memadai untuk mendepani cabaran yang mendatang. Sangat rugi jika pelapis yang dilahirkan tidak mempunyai thaqafah dan akhlak yang benar-benar mantap. Mungkin cdgn ini blh dipanjangkan lagi pd phk pntdbrn n pimpinan institusi tersebut.
ReplyDeleteSyukran.. Ana n kawan2 sdg mengusahakan ke arah itu.. Kalau ada apa-apa yang boleh ustazh kongsi untuk kebaikan pendidikan, dialu-alukan r.. :)
ReplyDelete