Followers

8.19.2010

Mimpi, Mimpi dan Mimpi


Mimpi 1

Malam(baca pagi tadi) semalam, saya mengalami mimpi yang sungguh menakutkan. Menakutkan bukanlah bermimpi hantu galah main kejar-kejar dengan saya atau tidur dengan mayat. Mimpi takut itu berpunca dari barang kesayangan saya sekarang telah hilang.

Barang tersebut sangat bernilai kerana ianya boleh membekukan ruang masa dan membolehkan panorama yang dibekukan itu dapat dilihat semula apabila saya sudah tua. Ya, saya bermimpi kehilangan bayi saya, Nikon D90. Saya belum lagi memberikan nama padanya walaupun adik saya merangkap tuan kepada kembar bayi saya ini telah menggelarkan bayinya Marissa.

Ah, sungguh serius artikel ini kerana ianya membabitkan kehilangan dan dalam mimpi pun boleh menangis(betul). Tapi bila dah bangun, rupenya bayi saya tu sedang nyenyak tidur dalam beg. Terus gelak bagai nak rak sebagai tanda lega. Hehe

Mimpi 2
Menunjukkan betapa saya lega, saya pun menyambung tugas yang sepatutnya diselesaikan dengan cemerlang. Selimut saya tarik kembali dan mulakan tidur dengan senyuman yang penuh tenaga.

~~~~~

Tiba-tiba, TG Nik Aziz Nik Mat datang kepada saya dan mengajak saya duduk semeja dengan beliau. Macam seorang ayah, ditanyanya saya tentang bagaimana pelajaran, masuk jamiah mana, pengurusan dah buat ke belum dan macam-macam soalan. Akhir sekali, dimintanya saya menunjukkan sijil saya.

Kelam kabut saya cari sijil tersebut bila dalam sampul saya bawa bersama dalam mimpi tersebut tak kelihatan pun kelibat sijil saya yang sudah dicop seribu tu. Terus terjaga, bangun dan pergi mencari sijil tersebut on the spot. Nasib baik ada. Hebat betul Tok Guru ni, mintak sijil dalam mimpi sampai dalam jaga pun saya cari jugak.

Mimpi 3

Saya tak lagi menyambung tidur kerana puas hati dengan peluang bersama TGNA, duduk semeja tu. Dah la caring macam ayah je. Hehe, chewah.

Dalam jaga, minda saya terbang ke akhir 90an dulu. Boleh lihat entri sebelum ni. Punyalah teringat sampai kisah dulu-dulu nampak satu-satu depan mata.

Untuk jadikan cerita ni lebih menarik. Baik punya layan FB masa member a.k.a tuan punya laptop dah tidur, tiba-tiba sampai mesej dari seorang orang. Uiks, seorang orang tu.

Tengok profil, tengok nama, lepas tu.. Hmm.. Tenyeh mata jap, pastu tengok lagi.. Laa, long lost friend rupanya. MasyaAllah, dulu tinggal kecik je lagi, sekarang dah jadi anak dara dah. (konon-konon saya masih mantain muda)

Hampir-hampir tak cam, tapi akhirnya cam jugak. Kuasa tuhan, rasanya dekat-dekat 5 tahun dah, alih-alih jumpa dalam FB. Kalu dia tengah baca sekarang, dia kena jawab 'ye' untuk ayat lepas ni (kan kan kan?) Hehe.

Anyway, mimpi memang indah. Janganlah nikmat mimpi ditarik dari tidur. Juga janganlah ia kita cabut dari kehidupan.

~Mimpi adalah kunci~
~Untuk kita, menaklukkan dunia~
~Berlarilah tanpa lelah~
~Sampai engkau meraihnya~
Laskar Pelangi

3 comments:

  1. huhu..klakar gk.
    paling best,bila mimpi tu apa yg kita nk,dan memang berharap ia menjadi kenyataan.kekadang,ia menjadi realiti!!

    sy pernah mimpi dpt duit rm10 kt tangan,dlm gengaman.ingat kan betul,jga dri tidur,tangan still genggam..konon2 ade duit..huhu..suke sorg.

    ReplyDelete
  2. Mmg pun, yang kelakar bile terbawak2 sampai jage. Hehe.. Paling bawak kesan, mimpi jatuh bangunan.. Bukan kite je terkejut, ngan member2 yang jaga kat sebelah pun terkejut.. Pastu gelak ramai2.. hehe

    ReplyDelete
  3. ini satu fitnah.
    nama kamera i marisa. bukan marissa.

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.