Saya sering juga ditanya tentang soalan yang menjadi tajuk di atas. Apapun, saya mahu memaklumkan satu perkara kepada sahabat-sahabat sekalian, soalan itu bukanlah diajukan dalam bentuk istihza' (penghinaan, sindiran,nganjing) akan tetapi ianya benar-benar soalan yang ikhlas mulus dan tulus dari hati si penanya.
Soalan ini keluar dari mulut sahabat saya yang hairan kenapa saya suka sangat bermain (istilah orang Terengganu) blog ni. "Ada ke orang yang baca sampai mu ni selalu jugak la update, siap dengan buat masuk widget-widget baru lagi, tukar-tukar template lagi, baca-baca buku, pastu salin masuk dalam blog, dengar ustaz mengajar kemudian tulis dalam blog. Semangat sangat ni, ada ke orang masuk tengok-tengok blog mu?" (Mu ini bererti, kamu, awak, anta, kau) kawan saya bertanya.
Baik, saya akan cuba menjawabnya dengan sedaya upaya agar segala persoalan yang bermain dibenak fikiran beliau dan saudara-saudara yang juga kehairanan akan terjawab.
Niat : Ikhlas atau Tidak
Pertamanya, segala perbuatan adalah bermula dengan niat bersesuaian dengan hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hafs, Umar al-Khattab yang menjadi hadith pembuka kepada matan Arbaien an-Nawawwiyyah iaitu tentang niat seorang yang berhijrah itu kerana apa. Saya rasa mungkin ramai yang sudah mengetahui matan hadith tersebut dan tidak memerlukan saya menulisnya di sini.
Ikhlaskah niat saya berblogging ini? Saya tidak dapat menjawabnya kerana saya tiada kuasa menilai sejauh manakah ikhlas saya ini, tetapi saya sedaya upaya mengikhlaskan diri saya kepada Allah agar segala idea yang saya curahkan disini akan mendapat manfaat kepada agama. Dengan itu, saya mengharapkan amalan kecil ini tidak akan sia-sia dan ianya akan dipandang Tuhan seterusnya memperkenankan amalan saya ini untuk dimasukkan kedalam amal soleh dan beroleh ganjaran dariNya.
Berkongsi Dan Memampatkan Ilmu
Tujuan saya menulis ini juga adalah supaya setiap ilmu yang saya dapat akan sampai ke mata dan hati para pengunjung blog saya. Kadang-kadang, kita bukan kedekut ilmu akan tetapi kita tidak memberitahunya dengan alasan bahawa mungkin orang lain telah tahu ilmu ini. Saya tidak berfikir begitu, kalau orang sudah tahupun tentang sesuatu itu, biarlah dengan tulisan saya yang mengulanginya ini akan menjadi pengikat kepada pengetahuannya agar ilmu itu sentiasa kekal di dalam zihn dan fikr nya.
Setiap orang pasti ada cara mengingati apa yang dipelajari supaya setiap yang dipelajarinya itu sentiasa berada dalam fikirannya. Menghafal, membaca, mendengar dan menulis kembali adalah sebahagian dari teknik-teknik untuk mengingati ilmu yang sudah dipelajari. Saya memilih untuk menggunakan teknik menulis sebagai cara menguatkan memori saya dan juga memahami sesuatu dengan lebih baik.
Bercakap tentang faham pula, menulis di blog pastinya memerlukan kefahaman yang benar-benar sebelum ianya boleh dipublishkan. Saya tidak berani menulis jika saya masih tidak faham tentang apa yang sya tulis. Jika saya ingin menulis, pasti saya akan cuba memahaminya terlebih dahulu. Dengan ini, saya dapat merasakan bahawa daya tumpuan saya ketika belajar sedikit meningkat serta penerimaan maklumat juga menjadi lebih berwaspada kerana bimbang akan tersalah maklumat. Maklum sajalah, kalau saya mampu, mahu sahaja saya menulis segala yang saya dapat setiap hari.
Motivasi Menerima Untuk Memberi
Sebenarnya apa yang dikatakan Erti Hidup Pada Memberi oleh ustaz Hasrizal Abdul Jamil benar-benar merupakan satu motivasi yang hebat, kita tidak akan letih untuk memberi apa yang kita terima dan kita akan menerima segala yang baik untuk diberi dan dikongsi.
Tujuan-tujuan lain adalah kerana saya berminat untuk menulis, saya rasa bakat saya menulis melebihi bakat saya berucap atau bercakap. Saya ingin menyampaikan apa yang saya ada dan saya memilih untuk menggunakan apa yang terbaik sebagai medium untuk menyampaikan, maka saya memilih penulisan. Melalui penulisan, saya merasakan bahawa maklumat yang disampaikan lebih tersusun tanpa banyak point-point yang tertinggal jika saya berucap. Selain itu, saya mahu mengasah bakat saya sebagai penulis.
Dalam blog berbentuk peribadi ini juga, kita bebas mengeluarkan pendapat kita. Siapa saya, itu tidak penting kerana dalam berpendapat, sesiapa sahaja boleh menjadi yang terhebat. Ingat kisah tentera Uthmaniyyah yang menjadi pengawal khemah ketika mesyuarat perang antara tentera Uthmaniyyah Tuki pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih dan Tentera Kostantinaple. Pendapatnya diterima dan pendapat Sultan Muhammad ditolak. Maka, dalam Islam, kita tidak tersekat untuk mengeluarkan pendapat selagi ianya tidak bertentangan dengan Islam.
Akhirnya..
Akhirnya, saya menjadikan blog ini sebagai cara untuk mencapai matlamat saya dalam bidang ini. Jika anda seperti saya, maka cubalah berblogging dan rasai kesannya. Apa yang penting, jadikan apa yang anda cuba beritahu adalah menggunakan stail anda sendiri tanpa terikat dengan mana-mana figur. Just be yourself.
Jangan kisah dengan blogger yang mencapai beribu-ribu hit counter sehari. Mahatma Gandhi ketika diberi syiling oleh seorang perempuan tua yang miskin menyimpannya dengan erat dan tidak menyerahkan sekeping syiling itu kepada bendaharinya. Bendaharinya bertanya, "Tuan, adakah tuan tidak mempercayai saya untuk menyimpan syiling itu sedangkan sebelum ini, beribu-ribu duit sumbangan yang jauh lebih besar dari ini juga tuan amanahkan saya untuk menjaganya?" Mahatma Gandhi menjawab :"Mereka yang menyumbang dengan sumbangan yang besar dulu mungkin mempunyai lagi saki baki duit mereka, tetapi perempuan tua ini, mungkin sekeping syiling itulah sahaja duitnya yang tinggal. Aku tidak akan menyerahkan duit ini kepada sesiapa dan aku sendiri yang akan menjaganya."
Mungkin kita blogger kecil, tetapi jika kita berusaha untuk memberi dengan sedaya upaya, maka nilai postingan kita jauh lebih besar dari blogger-blogger besar. Semoga berpuas hati dengan jawapan yang ikhlas dari hati yang baik ini. Hehe. Salam dari Blogger

huh...mikr ngat mnde g2...x pyh pikir la... just be yourself!!! hehe... if u want the best, u must do the best !
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletelain org lain pikirnya....hahaha...
ReplyDeletesalam...singgah sbentar..erm,,bagi saya..bab ni atas orangla,,,tapi,,,kate2 org bolh kita amik n muhasabah balik,,mgkin disana adenya ke'over'an dalam sesuatu perkara yang kita sndiri kurang pasti..ape pun kate orng anggap satu kritikan yng membina untuk perbaiki @ memperelokkan smula kelemahn tu,,,k,,mintak maaf kalu silap,,skdar pandangan jee...
ReplyDeletesaya setuju dgn apa y dikatkn olh saudara iaitu menulis untuk membina diri dsamping brkongsi ilmu dngn orang lain. nape hk orag kata tu x duli x jd gok(gune ayt trgnu skit hehe), tp ambk mnde tu untk mmprbaiki diri... cayok!!! smoga succes slalu
ReplyDeleteTerimakasih la atas pendapat masing2.. Betul dah tu.. Bukan soal peduli atau tidak, kalau kita sudah jelas dan pasti dengan apa yang kita buat ni betul, maka pasti kita akan jelas juga dalam menilai mana satu pandangan yang membina dan pandangan yang tidak. Terimakasih, teruskan memberi komen kat blog ni.. Syukran :)
ReplyDelete