Followers

6.08.2009

CD oh CD



Saya cukup bengang dengan tindakan orang yang menipu dalam perniagaan dengan sengaja. Jika tidak sengaja bukanlah menipu namanya, jadi mereka yang benar-benar berniat untuk menipu dalam meniaga, sudilah saya mendoakan agar keberkatan yang ada padanya akan ditarik balik oleh Allah Taala.

Kenapa saya berkata begitu? Saya terkena apabila saya membeli beberapa keping CD MP3 kuliah ustaz Shamsuri Ahmad, tapi apa yang saya bawa pulang adalah CD kosong semata-mata. Alangkah jahatnya orang yang menggunakan bahan agama sebagai subjek untuknya menipu umum.



Mungkin silap saya kerana tidak meminta tuan kedai itu untuk mencuba terlebih dahulu CD yang saya beli ini. Tapi tindakannya menipu pembeli adalah suatu yang tersangat-sangat teruk. Saya rasa ingin sahaja membacakan kepadanya cerita tentang kaum Madyan umat Nabi Saleh yang terkenal dengan sikap suka menipu samada dalam timbangan dan tidak bertanggungjawab membunuh unta mukjizat nabi Saleh.

Menjual barangan agama, tapi sayang tidak terkesan dengan iktibar-iktibar yang terkandung dalam barangan yang dijualnya. MasyaAllah. Ini tulisan yang berbentuk Suu'uz zhon saya kepada penjual itu.

Baik, saya tidak mahu melepaskan peluang saya membuat Husnuz zhon kepada penjual itu, saya kira mungkin dia tidak mahir dalam mencetak CD sehingga beliau tidak menyedari data yang ingin dimuatkan ke dalam CD yang ingin beliau jual, tidak masuk ke dalam CD tersebut seperti mana yang diharapkan sehingga hampir beratus-ratus CD yang dicetaknya menjadi CD kosong semata-mata.

Mungkin juga beliau begitu teruja mendengar 500 gerai dibuka di Muktamar dan mengharapkan hasil yang terbaik dari banyaknya gerai yang dibuka hinggakan beliau dengan cepat-cepat (baca gaduh-gaduh) menyiapkan apa yang ingin dijual sehingga terlupa memasukkan sekeping CD dalam salah satu CD yang saya beli.

Apapun, setelah membuat pertimbangan demi pertimbangan, saya rasa saya menarik balik doa saya di atas dan saya menggantikannya dengan doa yang baru iaitu, kalau ia tidak sengaja, maka saya maafkan dia dan jika dia sengaja berbuat demikian, maka saya mohon Allah memberi hidayah kepadanya. Ameen. Tolong Ameenkan ramai-ramai doa ini semoga Allah melindungi beliau, saya dan kita dari mendapat azab Allah di Akhirat.

P/s : Mujur MP3 kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak mengalami masalah yang sama. Alhamdulillah

2 comments:

  1. salam...tersenyum aku mmbaca omelan tuan blog...ape pun lps ni lbih berhati2 dalam segala urusan termasuk urusan jual beli..moga tuan blog byk2 bsabar yee..hee:)

    ReplyDelete
  2. w.salam., nak wat camne tersenyum aku, nk gi tukar, jauh.. terpaksa r mengomel kat sini.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.