Followers

6.07.2009

Buah Tangan Muktamar

Kira-kira 500 buah gerai mengambil bahagian dalam aktiviti jualan sepanjang muktamar. Bermacam-macam benda dijual daripada sebesar-besar benda hinggalah sekecil-kecilnya. Dalam perjalanan menuju ke dewan tempat persidangan, tidak dapat tidak mesti melalui tapak jualan ini.

Saya kira, trend masyarakat dan ahli PAS sekarang ini cenderung kepada baju souvenir yang berlogo muktamar kali ke 55 dan berlogo PAS atau pemimpin. Antara pemimpin yang menjadi penarik bagi pembeli untuk mendapatkan baju yang dijual adalah gambar Mursyidul Am PAS, Presiden PAS dan tokoh PAS Perak iaitu YB Ir Nizar. Mereka ini punya penarik yang kuat hingga membuatkan ramai yang berhenti membelek-belek baju yang mempunyai gambar ketiga-tiga ikon tersebut.

Saya yang melihat dari jauh dan sekadar lalu hanya senyum dan mengingati artikel Hishamuddin Rais tentang kehormatan yang tidak boleh dipinta. Kita hanya dihormati setelah kita layak dihormati. Wang tidak akan membuat kita dihormati. Benar katanya.

Saya melilau di kawasan jualan yang luas itu untuk melihat apa yang menarik untuk dibeli. Saya tidak berminat untuk membeli baju kerana saya perlu sesuatu yang lebih dari itu. Saya cuba kawal nafsu saya untuk berbaju baru agar duit yang saya bawa tidak habis kerana itu. Saya berhenti di booth-booth jualan buku dan ini juga saya perlu kawal selera saya kerana buku-buku yang menarik perhatian saya kebanyakannya dijual dengan harga yang agak tinggi. Akhirnya saya berhenti di gerai yang menjual buku hasil himpunan artikel seorang kolumnis akhbar keluaran akhbar Siasah yang terbaru bertajuk Subky Latif; Istimewa Terkenang.



Tidak perlu menunggu lama, duit dari dalam kocek saya sudah menjadi milik tuan kedai. Saya rasakan saya akan memperolehi satu kepuasan dari bahan bacaan ini. Ternyata firasat saya benar dan memang saya berpuas hati dengan buku ini. Saya kira, Subky Latif ini akan menjadi ikon kepada penulis muda tambahan pula dengan design buku yang saya miliki sekarang. Barang lain yang saya dapat adalah Kuliah MP3 Tuan Guru Nik Aziz, Fiqh Sirah.

Semoga barang-barang ini akan memberi manfaat kepada saya dan anda yang dekat dengan saya. Kalau berminat, jangan segan-segan untuk meminjam buku dan berkongsi MP3 kuliah dengan saya. Hehe.

1 comment:

  1. Salam,,,,erm...wah,,banyaknya gerai..tapi,,,sedih btulla,,ana xdapat nak sertai muktamar...n sertai shoping kat gerai2 yg ade tu,,hehe,,,ape pun bagus la tuan blog ni,,,xmbazir,,jimat duit mak,,hihihi,,,agaknya kalau ana xtahulah tu,,mungkin,,,semua gerai ana wat alik 'kappong'...hehe..ape pun wt semua teman n inzar wt dri ana agar pandai kawl nafsu shoping,,,hehe

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.