Siaran Tergendala menandakan telah masuk waktu imtihan di kawasan KUDQI dan yang sama waktu dengannya.
Untuk soalan dari guest tu (dengan nada Upin&Ipin saya berkata: kawan-kawan, sila rujuk kat ruangan chatbox), insyaAllah saya akan cuba jawab setelah saya bergelar penganggur yang menunggu gelaran diploma nanti. Tak lama dah, tinggal sebulan lebih je lagi. InsyaAllah saya akan cuba cari bahan-bahannya. Begitu juga dengan Syin yang meminta saya menulis tentang Salafiyyah dan Ibnu Taimiyyah, insyaAllah saya akan berusaha untuk memenuhi selera ilmu antum sebaik mungkin.
Namun, saya bukanlah tempat terbaik untuk dirujuk, maklumlah, masih belajar bertatih mengenal dunia ilmu yang tersangat-sangat luas dan payah ini, maka saya juga sarankan, rajin-rajinlah bertanya yang lebih layak bertanya. Apapun, terima kasih kerana memberi peluang untuk tahu tentang kedua-dua topik yang antum utarakan. InsyaAllah, perkongsian tentangnya akan membawa manfaat kepada kita semua. Seeru ala barakaatiLlah.
P/s: Doakanlah kejayaan penulis blog ni. Setiap doa anda tidak mampu saya bayar dengan tulisan, ucapan dan harta. Syukran wa JazakumuLlah khairal jazaa'.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.