Followers

6.13.2009

Selamat Pengantin Baru



Sepanjang cuti sekolah ini, ramai juga kawan-kawan saya yang mendirikan masjid mencari redha Rabbi dalam berkasih sayang melayari bahtera dengan teman yang insyaAllah akan berada di sisi sepanjang hidup dan mudah-mudahan menjadi pendamping juga apabila kaki menginjak syurga.

Walimatul Urus yang mereka aturkan telah berlalu tanpa sempat saya hadiri satu dari kebanyakan majlis yang berlangsung. Bermula dengan Syed Taqiuddin&Syarifah Khazinatul Asrar, Shahrul Bahri&pasangannya dan Ustaz Adnan Embi&Ustazah Norazura yang tidak sempat saya hadiri memandangkan saya masih berada di Kuala Lumpur bermuktamar. Khamis lalu, Ramlan Mahmood bersama pasangannya di kampung Dura, Kuala Berang. Hari ini, Rasyidi Rahim&pasangannya.

Untuk kalian, saya mohon rahmat dari Allah agar hubungan yang dibina bermula dari lafaz akad akan kekal hingga ke Akhirat. Bak tajuk buku ustaz Hasrizal yang terbaru, Bercinta Sampai Ke Syurga. Layarilah gelora rumahtangga dengan penuh kesabaran, pemahaman, tolak angsur dan kasih sayang. Moga perkahwinan kalian mendapat rahmat dan redha dari Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Tahniah sekali lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.