Followers

6.09.2009

Adakah Kita Belajar Untuk Lupa?



Ada sekitar 20 hari sahaja lagi untuk saya dan rakan-rakan lain mengasah pen berperisaikan hafalan untuk turun berperang menghadapi kertas-kertas soalan yang mungkin kerananya ada yang sakit, luka hati, patah jiwa dan sebagainya. Namun, bagi saya peperangan ini perlu kerana ianyalah tempat kita mencurah rasa betapa kita memberikan perhatian sepanjang pembelajaran kita. Ini bagi saya. Saya tidak peduli orang yang masuk periksa hanya membawa senjata hafalan tanpa senjata faham. Bagi saya ini adalah sia-sia.

Saya juga membenci sikap saya yang lebih cenderung untuk membawa senjata faham dan meninggalkan senjata hafal. Hasilnya, saya berjaya juga membawa (hamil) madah al-Quran silibus tahun 2 yang memerlukan daya hafalan yang tinggi ke tahun 3.

Jadi di sini, kedua-dua elemen in memainkan peranan yang amat-amat penting untuk menjadi orang yang belajarnya tidak sia-sia. Saya tanya anda, adakah anda pernah belajar lama-lama, tapi bila ditanya tentang perkara yang anda pelajari itu, anda tak mampu mengeluarkan suara membincangkan perkara tersebut? Jawapan dari saya adalah saya pernah mengalami situasi begitu. Otak ligat berfikir, tapi jawapannya masih belum datang. Entah tersembunyi disudut mana di dalam minda saya. Saya fikir, mungkin saya kurang hafal dan melebihkan faham menyebabkan ilmu yang tersimpan menjadi reput dan mungkin terus menghilang. Jika bernasib baik, mungkin boleh dicantumkan kembali.

Buktinya ada, bagi ilmu yang pada saya telah hilang dulu adalah ketika saya di MDQ dan saya belajar berbagai-bagai ilmu. Selepas itu, saya hadir ke KUDQI dan apa yang saya pelajari sekarang pernah dipelajari dulu, tapi hakikatnya, tiada apa yang dipelajari dulu disimpan dengan baik. Alangkah membazirnya masa saya.

Saya nekad, selepas keluar dari KUDQI ini pun, saya akan cuba menjadi mustami' selagi saya ada di Malaysia bagi mengelakkan ilmu yang panas-panas ini menjadi sejuk dan membeku. Kitab-kitab yang ada juga perlu saya baca dan baca lagi untuk menjadikan otak saya ini bermulazamah dengan apa-apa yang telah dipelajari.

Whooooooi! Kau membebel apa ni? Nafsu saya berkata seolah-olah membantah. Tapi saya teruskan juga hasrat saya ini untuk menjadi orang yang ada nilainya. Bukan sekadar mengaji 10-15 tahun, lepas itu, saya melupakan apa yang diajar. Dengan kuasa dan keperkasaan Allah, saya mohon bantuanNya agar diletakkanNya saya ini ke dalam golongan orang yang sentiasa bermulazamah dengan ilmu. Mudah-mudahan apa yang saya pelajari hari ini bukanlah untuk dilupai. Ameen..

P/s: Sape-sape yang baca posting ni, wajib aminkan sekali. hehe.
Jangan bimbang, sekadar monolog. Saya masih waras.
Assignment masih dalam proses.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.