Followers

6.14.2009

Al-Fatihah buat Syeikh Fathi Yakan


1933-2009

Saya menerima SMS dari seorang kawan, katanya :

Innalillah wainna ilaihi rajiuun, Ustaz Fathi Yakan meninggal dunia sekitr jam 9.45pm tadi di Hospital Toroblus, Beirut.

Sedikit terkejut kerana tanpa sebarang khabar bahawa beliau mengalami masalah kesihatan yang serius yang membawa kepada kematian beliau. Bagi yang melazimi usrah, saya kira buah tangan beliau yang dua itu pasti akan disentuh terutamanya bagi mereka yang baru berjinak dengan aktiviti tersebut.

Apa Erti Saya Menganut Islam dan Bahtera Penyelamat pastinya menjadi satu buku yang rutin untuk menjadi anak usrah. Setidak-tidaknya isi yang ada di dalam itu jika tidak diterjemahkan ke dalam aktiviti usrah, pasti ia akan dilimpahkan ke dalam tamrin.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga segala usaha, hasil kerja dan amalan mulia yang dibuatnya akan mendapat keredhaan Allah. Jangan juga kita lupa untuk merintih kepada Allah supaya dengan kematiannya ini, akan melahirkan beribu lagi para daie untuk menggantikan beliau. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat.

Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.