Saya tidak berkesempatan membuat sebarang postingan beberapa hari ini memandangkan saya turut bersama beratus-ratus ribu penyokong dan pendokong PAS yang lain mengikuti Muktamar PAS kali yang ke 55 di Syah Alam. Muktamar kali ini begitu meriah sesuai dengan keadaan negeri yang menganjurkannya, Selangor yang cukup gah dengan kemajuan dan kepesatan pembangunannya.
Istilah kami dari KUDQI yang mengikuti trip to Muktamar ini ketika terkial-kial mencari lokasi Muktamar berlangsung adalah makan langsat. Siapa yang memberikan istilah ini tidak saya ketahui tapi saya mengetahuinya dari SMS yang dihantar oleh seorang akhawat KUDQI yang bertanyakan adakah group muslimin juga dapat memakan langsat seperti mereka juga? Setelah berkira-kira untuk memahaminya, barulah saya mengetahui maksud sebenar beliau. Maaf kerana lambat menangkap maksud anda. Senyum.
Perspektif Saya
Tulisan saya ini tidaklah ingin menekan perkara-perkara yang banyak disentuh oleh beribu blog dan laman web lain, kerana mungkin dari blog-blog yang bercambah itu ada yang sama pendapat dan pemikirannya dengan saya. Saya cuma mahu menekankan perkara-perkara kecil sahaja. Manalah tahu ianya mungkin membawa sedikit nilai kepada proses pemesatan dakwah dan perjuangan Islam.
Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang-pemenang yang berjaya mendapat kepercayaan ahli parti untuk menjalankan tanggungjawab membantu Presiden memimpin PAS serta mengukuhkan lagi cengkaman Islam ke dalam jiwa-jiwa masyarakat Malaysia.
Melalui ucapan dasar, jelas bahawa PAS boleh dikatakan matang dan sudah mampu memimpin perubahan kepada masa depan namun tidak semua perkara yang terungkap indah dari ucapan tersebut akan dilakar mudah untuk diarak perubahannya. Segalanya memerlukan kesabaran dan kematangan ahli dalam bersiasah dan berjamaah.
Peristiwa Dalam PAS
Semenjak dua menjak ini, media begitu aktif dalam memainkan muzik ransangan supaya puak-puak yang dilabelkan mereka sebagai sekian-sekian merasa semangat untuk berada di atas. Ini pada saya perkara biasa kerana pengamatan saya, budaya persaingan dalam PAS adalah persaingan mencari yang terbaik dan melalui persaingan inilah pemimpin yang baik bakal muncul. Ianya amat berbeza sekali dengan parti yang menjadi seteru PAS sejak tahun 50'an dulu. Semoga budaya yang ada dalam PAS ini dapat diserap juga ke dalam jiwa-jiwa penyokong, pendokong, media dan blogger yang bertungkus lumus berkempen untuk memenangkan pimpinan pilihan mereka.
Antara yang ditekan juga dalam muktamar ini adalah tentang kepimpinan ulama' dan profesional. Saya rasa saya terbuka dalam hal ini. Saya tidak kisah samada pembantu Presiden PAS adalah profesional atau ulama'. Kerana jika kita benar-benar berjemaah, pasti profesional akan membantu ulama' dan ulama' juga akan menghulurkan panduan kepada profesional. Di ulangi, jika benar-benar faham tentang adab dan akhlak berjemaah. Saya suka jika yang membaca entri ini turut membaca artikel dari blog ustaz Nik Abduh. Boleh klik di sini.
Melahirkan Ulama'
Banyak juga saya bercakap dengan abang saya sepanjang perjalanan kami pulang dari Muktamar PAS semalam. Antara isi perbualan kami adalah proses pembinaan ulama' pelapis. Kerjasama dari pihak ulama yang telah dewasa dengan ulama muda yang baru melangkah ke arena penuh disiplin ini tersangat diperlukan. Ulama-ulama senior perlu membuka ruang seluas-luasnya untuk ulama muda ini terus tumbuh dan matang agar rumpun ulama' ini menjadi lebih kukuh dengan kehadiran mereka.
Manakala ulama-ulama muda pula perlu lebih bersedia dengan ruang yang bakal dibuka oleh ulama-ulama senior ini. Ingat, seumpama menyelam, jika tidak menarik nafas sepuas-puasnya sebelum terjun dan menuju ke dasar, kita akan kelemasan sebelum kembali ke puncaknya. Ilmu mesti diperahkutip secara serius sebelum kita bersedia mengganti ulama' senior agar kita tidak dituduh hanya pandai bercakap arab, berserban dan berjubah namun tidak menguasai ilmu lain dengan baik.
Jika belajar Manhaj Mufassirin, orang yang ingin menjadi ulama' tafsir mesti bergelumang dengan kira-kira 15 ilmu asas dan antaranya adalah ilmu mauhibah iaitu ilmu yang dikurniakan Allah. Bagaimana ianya akan diperolehi? Ianya akan datang hasil dari ilmu yang diamal dan keberkatan sepanjang ilmu itu dituntut. Oleh itu, pastikan keghairahan kita mengumpul ilmu, jangan lupa sertakannya dengan amal.
Pendidikan Ahli PAS
Saya meneliti bahawa sekarang sambutan orang terhadap kuliah daie PAS agak kurang. Keluarga saya bercakap tentang hal ini. Akhirnya kami mendapat beberapa natijah berdasarkan penilaian yang diukur dari kecenderungan keluarga kami dan konsep pengajaran di kawasan kami. Jadi sebelum anda memutuskan apa-apa tentang keluarga saya, baca dahulu perenggan dibawah ini kalau-kalau anda bersetuju dengan pendapat dan natijah perbincangan kami.
1. Kecenderungan daie membicarakan hal-hal politik secara berlebihan dan kadang-kadang bahan-bahan yang dibawa boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai kopi. Tidak salah jika kita membicarakan hal-hal politik dengan tujuan memberi faham tapi pastikan bahawa kita juga tidak ketinggalan menekankan bicara ilmu agar ahli PAS tidak terlampau berpolitik tapi biarlah mereka cenderung untuk berjemaah.
2. Tiada bahan tetap yang digunakan untuk kuliah. Konsep pengajaran kita akan menjadi seperti internet, maklumat tidak tersusun, ilmu yang patut diajar kemudian diajar dahulu.
3. Tidak ada kelangsungan ilmu, ini juga berpunca dari bahan yang ingin disampaikan tidak tersusun.
4. Pendengar-pendengar sudah mendapat maklumat tentang politik dan isu semasa di Internet dan akhbar.
5. Dan lain-lain....
4 point ini bukanlah mempertikaikan kemantapan ilmu yang ada di dada para daie PAS, tapi mudah-mudahan ianya menjadi satu titik mula agar kita para daie dapat memberikan pembelajaran kepada ahli dalam bentuk yang lebih berdisiplin dan tersusun. Semoga ianya menjadi satu cara agar kita melahirkan penyokong dan pendokong yang punya pendirian, yang mampu membuat penilaian sendiri tanpa taqlid dan teguh dalam menyatakan kebenaran(tidak terpengaruh dengan pandangan figur hebat)
Apapun, saya mengharapkan agar kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa kekal dengan perjuangan Islam. Doakan saya juga tidak pernah lekang memegang tangan jemaah kerana saya tahu tanpa jamaah kekuatan saya bertukar lemah. Saya sedar siapa saya untuk kata begini-begini dan cadang begitu-begitu kepada pimpinan, para daie, dan para pejuang yang lain, tapi saya berharap sedikit tulisan saya ini ada juga faedahnya kepada jemaah. Ameen.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.