Followers

9.25.2010

Hari Sabtu

Hari ini pergi ke Jamiah Ulum dan Teknologi, berjumpa dengan syeikh Ali Hasyi bagi menyerahkan Khuttoh Dirasah KUDQI atau dalam bahasa senangnya silibus pengajian KUDQI.

Setelah beliau menilik dalam masa 10-15 saat, maka beliau kata esok akan beliau sempurnakan urusan kemasukan saya dan seorang kawan ke Jamiah Ulum ini. Alhamdulillah.

Selesai urusan tersebut, saya terus pergi bersilaturrahim di Asrama Kebajikan Abu Luhum bersebelahan dengan Hospital UST. Bersilaturrahim adalah perkataan baru yang saya ambil dari drama KCB yag menjadi kegilaan orang di rumah saya. Saya kebetulan mendengarnya ketika sedang makan. Betul, ketika saya sedang makan.

Setelah itu, pergi ke Dairy untuk menggodek seberapa banyak maklumat yang boleh dari CC memandangkan modem internet di rumah buat hal yang tidak sepatutnya dan berakhlak dengan akhlak yang tidak baik sepanjang awal penggunaannya.

Dan menjadi kebiasaan bila saya mahu menulis tentang sesuatu yang lain, maka sesuatu itu hilang dan saya menulis tentang perkara yang lain pula. Hebat betul Allah kerana tidak menghilangkan terus keupayaan saya menulis hal-hal lain.

Kebetulan kepala saya naik bengkak setelah melakukan beberapa tandukan tajam lagi mengancam semalam. Pada mulanya saya sangkakan ini adalah kekerapan sujud, tetapi bila fikir balik, kenapa sujud akan mengakibatkan bengkak kepala. Meneliti beberapa saat, barulah saya dapat menyingkap di sebalik rahsia kepala yang berdenyut-denyut ketika sujud. Akibat takraw rupanya.

Apapun, mohon doa-doa anda yang membaca entri ini jangan berhenti agar kita semua mendapat limpah rahmat dan kurnia nikmat dari Allah yang esa.

3 comments:

  1. teringat nostalgia lama hehe..
    cc kat dairy lah yang menjadi tempat lepak di kala ber'internet'. :-) lagipun ianya dekat dengan rumah PERMAYA ketika itu..
    semoga anta dan sahabat2 lain dipermudah masuk ke ulum.amin.

    ReplyDelete
  2. Ameen, syukran abg wei.. CC tu depan city mart.. Hehe

    ReplyDelete
  3. mat,dh rane??? bleh masuk tahun berape????

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.