Followers

9.29.2010

Masih Belum Terlambat!

Bila saya membaca profil orang-orang hebat dan ternama, kebanyakannya memulakan pengembaraan hidup yang luar biasa itu sedari kecil lagi. Maksudnya keajaiban mereka bermula sejak kelahiran mereka ke dunia lagi.

Bahkan, saya juga perasan tentang yang hebat-hebat ini sudah mula bervisi dari usia kecil. Usia yang kita pada ketika itu sibuk berimaginasi tentang perlawanan raksasa dengan ultraman dan bagaimana adik beradik ultraman datang membantu. Usia yang mengambil botol air dan apungkannya di dalam baldi sambil membayangkan itu adalah kapal atau kapal selam.

Saya sebutkan tokoh-tokoh yang besar sebagai contoh bagaimana mereka mula menganyam sejarah kehebatan sendiri dari kecil.

Imam Syafie

Imam Syafie yang menunjukkan kehebatan beliau dalam bidang ilmu bermula dengan menghafaz Quran dari usia 7 tahun. Diceritakan jika beliau mahu menghafal quran, beliau akan meletakkan sebelah tangannya di atas mushaf dan membaca helaian yang tidak ditutupnya sahaja. Kerana jika beliau membiarkan tangannya tidak menutup helaian yang satu lagi, nescaya akan masuk juga helaian itu dalam hafalannya.

Setelah itu beliau berhijrah Madinah untuk berguru dengan Imam Malik. Setelah selesai pengajiannya, musafir pula beliau ke Baghdad.

Lalu gurunya bertanya, "dari mana engkau?"

Beliau menjawab, "dari Madinah"

"Apakah engkau pernah melihat Imam Malik?"

"Aku adalah anak muridnya"

"Apakah engkau pernah melihat kitab Muwatta'?"

"Bahkan aku telah pun menghafalnya"

Imam Abu Hanifah

Kisah Imam Abu Hanifah berdebat dengan seorang atheis ataupun yang tidak percaya kewujudan Allah begitu tersohor. Ketika itu hampir semua ulama yang berada di negeri itu tidak mampu menjawab soalan dari atheis tersebut yang bertanyakan tentang di mana Allah.

Hinggalah Abu Hanifah datang dan menjawab soalan tersebut. Kisahnya panjang dan mungkin saya akan jadikan ia sebagai entri yang lain. Kejayaan itu disambut gembira oleh Khalifah dan ulama'-ulama' yang menyaksikan perdebatan itu.

Imam Nawawi

Imam Nawawi ketika kecil turut menunjukkan kehebatan dan ketokohan beliau sebagai ahli ilmu apabila tempat pengajiannya dilawati oleh Khalifah. Khalifah menyoal seorang demi seorang rakan -rakannya tentang apa yang dicita-citakan. Ramailah yang menjawab mahu menjadi itu dan ini. Ternyata ianya masih belum memuaskan hati Khalifah dan baginda berhasrat untuk menutup pengajian itu.

Dalam perjalanan keluar, baginda terlihat seorang budak yang leka membaca kitab di satu sudut dan tertarik hati mahu bertanya dengan soalan yang serupa. Lalu baginda mendekati kanak-kanak itu.

"Duhai anakku, apakah cita-citamu?"

senyap tanpa jawapan.

Baginda mengulangi soalan, "wahai anakku, aku bertanya apakah cita-citamu?"

Imam Nawawi berpaling dan berkata " Saya tidak tahu siapa anda dan ternyata anda mengganggu saya belajar!"

Tersentak dengan jawapan anak tersebut dan Khalifah lantas memperkenalkan dirinya dan berkata " Jika tidak kerana kamu, nescaya aku sudah akan menutup sekolah ini! Teruskan pelajaranmu"

Sebagai contoh tambahan, A. Samad Said, sasterawan negara mula menulis dan menghasilkan novel pertama beliau yang berjudul Salina ketika usia 20 tahun. Faisal Tehrani pula menghasilkan novel beliau yang berjudul Perempuan Politikus Melayu ketika berusia 19 tahun.

Saya sendiri dan kita-kita yang membaca tulisan ini, ikhlas soalan dari saya. Apa visi dan misi hidup kita sekarang dan sejauh mana usaha yang telah kita atur dan jalankan untuk mencapai apa yang kita matlamatkan.

Ya, mungkin kita sudah tua dan berusia untuk menjadi hebat seperti nama-nama di atas. Tapi jangan lupa, ramai juga yang berjaya ketika di usia tua. Pengarang Fathul Bari syarah bagi kitab Sahih Bukhari, Imam Ibnu Hajar Asqolani mula belajar, saya ulangi b.e.l.a.j.a.r ketika usia hampir 40 tahun. Bukan mula mengarang, tapi belajar. Maknanya kita masih belum terlambat untuk mengukir sejarah sendiri.

Oleh itu, teruskan berusaha dan jadikan kisah-kisah kehebatan ulama' dan tokoh silam sebagai angin yang meniup dan memarakkan api semangat dalam diri.

5 comments:

  1. ada jugak sahabat-sahabat ana yang ingatkan ana ttg Imam Ibnu Hajar Asqolani yang tekun dan bersungguh-sungguh belajar sehingga jadi ulama besar. sebenarnya kisah Imam Ibnu Hajar Asqolani ni membuatkan ana supaya tak berputus asa semasa belajar

    ReplyDelete
  2. Memang semangat tu r yang patut menjadi panduan kita yang dah tak berape muda ni kan, ustaz khairul..

    ReplyDelete
  3. Syeikh, yang ana baca ibnu hajar al-asqalani mula belajar ketika usia kecil lagi..berusia 9 tahun beliau sudah mula menghafal al-quran,bila remaja beliau belajar di Mekah dan menjadi imam tarawih di Masjidil haram...dalam usia 17 tahun, beliau menduduki Majlis kehakiman menggantikan gurunya Syeikh Majduddin Salim..Oh ya, setelah menghafaz al-quran pada usia 9 tahun, beliau mempelajari ilmu Fiqah di Kaherah mesir..Syeikh, ana tak tahu maklumat ana atau enta yang betul, tapi ana rujuk kisah imam ini dalam solusi..isu 15,dalam kolum Murabbi...oleh itu, mari lah kita sama2 berhati2 supaya tidak terjadi reka2 cerita tentang imam2 kita seperti mana telah terjadi kepada para nabi kita..bnyak kisah2 israeliat...kalau boleh, nyatakan rujukan enta tentang ibnu hajar mula belajar dalam usia 40 tahun..mungkin enta yang betul dan ana salah...

    ReplyDelete
  4. Salam merdeka..
    Terima kasih keprihatinan.. Ana dapat cerita ni dari seorang pelajar jameah iman sewaktu sedang beriktikaf.. Malangnya ana tak tanye dari mane sumber ceritanya.. Mungkin rujukan enta lebih tepat.. tapi kalau ana jumpa tentang kenyataan yang ana bagitau ni, ana akan update balik..

    P/s : Enta mmg power jadi pengarah muktamar thanawi mpmkudqi baru ni.. :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas pujian...Allahu'alam, bila enta kabo dapat dari pelajar jamiah Iman, ana rasa berbelah bahagi yang mana yang betul..kalau ikut tempat, di jamiah iman lagi dekat dengan tempat ibnu hajar ni..berbanding di malaysia..takper lah, teruskan mengkaji..kita sama2 berjuang semoga kita istiqamah sampai syahid dalam perjuangan ini..amin..

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.