Followers

9.16.2010

Visa

"Visa kita tinggal dua hari lagi ni" Jerit Khasie dari dapur

"So, what?" Balas Luqman dengan bahasa orang putih

"What tak what r brader, kite kena standby bayar gharameh (denda) la nampak gayanya kali ni!" Balas Khasie dengan nada tajam menikam sambil tangannya leka menggoreng sambosa.

"Tu r, nak boleh siap visa belajar tu, lama jugak. Mahu 2-3 ratus kena denda kali ni" Tambah Tok Wan pula dengan sedikit nada kerisauan.

"Aku yang daftar dah ni pun, kena juga gharamah dalam dekat RM 100" Zahid menghulurkan pendapat sambil terus menulis status di Facebook.

" Jom pergi hamam esok, buang daki-daki mana yang ada ni. Nanti dah abis visa, takut pulak nak gerak gi mana-mana" Ridhuan memberikan cadangan yang agak tidak kena dengan topik perbincangan.

Namun..

"Eh, jom.. Aku pun dah rimas gila dah ni. Lama dah tak mandi bersih-bersih" Luqman menguatkan hujah sejurus keluar dari bilik air.

"Ye la Man, aku pun nak pergi jugak la.." Khasie terus menyetujui.

"Jomm..! " Sahut Tok Wan dan Zahid serentak. Bezanya Zahid menulis perkataan Jomm..! tersebut di wall Facebook beliau. Sekian.

P/s: Mandi bersih-bersih!

5 comments:

  1. hahaha..."Jomm..! " Sahut Tok Wan dan Zahid serentak. Bezanya Zahid menulis perkataan Jomm..! tersebut di wall Facebook beliau.

    pandai gk nta wt lawak.

    ReplyDelete
  2. Ana serius tu walaupun nadanya bunyi macam sarkis.. Hehe.. :)

    ReplyDelete
  3. Apokobondo ni eden tak paham lah..hihihi ooohh zahid takder kat dalam citer ni ea??cuma ader kat malaysia lagi??? Hahahaha eden agak2 jo...

    ReplyDelete
  4. Bukan da.. Zahid kata gak joomm tu, cuma dia tak guna mulut, dia taip kat dalam komputer je..

    ReplyDelete
  5. ooo gitu...hehehe ermm minta komen kalau rajin di blog ana...kalau rajin lah...ana tak paksa, hehehe...tajuk anai2..

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.