Followers

9.24.2010

Takraw 6am

Pagi ini main takraw, turun dari rumah dalam keadaan sejuk sampai dua-dua tangan berselimut di dalam poket. Dalam teksi, bukan main lagi terbayang untuk lipat gulung. Sungguh teruja.

Bila bermain, baru saya sedar, saya tiada kebolehan itu. Saya kena ingatkan diri sentiasa bahawa saya hanya mampu lipat baju. Okey, saya tak pandai main sepak takraw. Titik.

Terima kasih buat Syed Faris yang memberi peluang untuk berkolaborasi dalam game tadi. Saya sungguh menghargainya. Betul, sungguh menghargainya.

Jum'ah mubarakah buat yang mengunjungi belog ini. Jangan lupa jawab alaina wa 'alaikum jamee'an bil'aafiah.

P/s: Main takraw, jangan lupa pakai lapik kepala supaya tidak bengkak. Saya tidak memakai lapik dan kepala saya memang... Anda tahu jawapannya.

2 comments:

  1. oh....adakah sejuknya seperti berada di old traffold? hehehehe.

    kuat sangat main caru...tu sampai bengkok kepala tu. pakai kain key atah pale baru kemah.

    sedap kata ke orang, padahal ambe sendiri pun xpandai gok main takraw...hehee. futsal sekadar sepak bola je.

    ReplyDelete
  2. Sejuknya sebijik macam old trafford di musim bunga..

    Sebenarnya mmg nak main 3, tapi ats sebab2 tertentu, terpaksa men caru.. Kira macam darurat r..

    futsal sekadar sepak bola, itu adalah kesenian sebenar futsal.. Sarapiey memang hebat.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.