Dua-tiga hari lalu, rombongan dari Ma'had Darul Quran tiba di Sana'a International Airport bagi melunaskan janji mereka dengan diri sendiri untuk mencari dan menambah ilmu yang bakal mereka kutip di bumi berkat ini.
Rombongan yang hadir ini, rasa saya ketika mereka mula mendaftar masuk ke MDQ, saya di Thanawi 3. Agak jauh perbezaan itu. Sekarang tinggi mereka mula melangkaui ketinggian saya. Hmm, Okey, saya memang kurang tinggi.
Keterujaan mereka saat melangkah kaki menginjak debu Sana'a ini mengingatkan saya sewaktu menghirup nafas pertama di bumi subur, Syria. Umur saya ketika itu sebaya umur mereka. Aturan dari Allah dan kelalaian diri saya menyebabkan rezeki untuk bertahan lama di sana bagi merebut butir-butir mutiara ilmu tidak kesampaian. Sehingga kini saya masih menyesal dengan lalai saya dulu.
Teruja saya dulu tidak lain adalah kerana berada di luar negara. Setelah membiasakan diri, matlamat saya mula kabur. Entah apa yang saya kejarpun saya tak tahu. Saya sifatkan sebagai jasad yang teruja dengan ruh yang lesu dan kosong.
Alhamdulillah, saya kembali ditapis kembali di KUDQI dan dari situlah saya mula mengingati kembali apa matlamat yang ditanam dari MDQ, mula mengenal betapa keseronokan berpencak dengan pelbagai ilmu dan fikiran mula terbuka dengan pelbagai masalah yang kadang-kadang melesukan, kadang-kadang mengujakan. Semua itu menjadikan diri saya mahu memilih untuk menjadi orang yang lebih biasa dari biasa. Bukan orang yang biasa-biasa.
Kini, Allah memilih saya untuk saya memilih Yaman sebagai tempat bagi meneruskan langkah-langkah menyelusuri jalan-jalan ilmu. Bahkan saya rasa, Allah memberikan saya tempat yang terbaik untuk itu. Andai saya di hadapan cermin sekarang ini, saya akan menepuk dada seraya berkata, "Inilah tempatnya! Inilah tempatnya."
Sebenarnya, cerita di atas ini, saya mahu menjadikannya sebagai pesanan buat yang baru sampai. Jelaskan matlamat anda, tetapkan idola anda dan usaha lebih dari 100% untuk mencapai apa yang dicita-citakan.
Tinggikan himmah kerana himmah yang dimiliki oleh pemuda seperti kita kuasanya sangat hebat. Bak kata pepatah Arab :
Saya mahu akhirkan tulisan ini dengan sedikit kisah tentang Syeikhul Islam, Ibnu Taimiyah yang dengan himmahnya yang tinggi itu menjadikan beliau seorang yang pakar hampir dalam semua ilmu. Mahirnya beliau saat ditanya sesuatu persoalan, beliau akan menjawabnya dengan jawapan yang seolah-olah beliau menghabiskan seumur hidup beliau untuk ilmu tersebut. Jawapan yang cukup lengkap.
P/s: Ahlan Wa Sahlan, tingkatkan keingingan, gapai kejayaan.

همة الرجال تقطع الجبال

No comments:
Post a Comment
Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.