Followers

9.20.2010

Siapa ini?

Sedang saya tarik dalam-dalam asap nipis yang datang dari secawan kopi panas buatan tangan sambil bibir mula menyuakan hujungnya untuk merasai nikmat tersebut, tiba-tiba. Puf (efek bunyi chat alert Facebook) ada satu mesej masuk.

"Salam"

"Salam kembali" taip saya sambil mencari-cari dalam kotak memori, gerangan manakah yang menegur saya ini.

Setelah buntu, saya bertanya "siapakah gerangannya tuan hamba ini? Berani ber'buzz-buzz disaat hamba mahu menghirup secangkir kopi!"

"Tak boleh bagitahu, ini rahasia"

Tanpa melengahkan masa, saya menghirup kopi tersebut dengan tergesa-gesa dan terus menyelidik. Rupanya beliau bersibling dengan sahabat saya.

"Hoi, tuan hamba ini saudara kepada polan bin polankah?"

"Ya, sungguh aneh, bagaimana kiranya tuan hamba mendapat tahu?"

"Itu kebolehan hamba, 7 purnama ilmu menyingkap rahsia orang hamba pelajari.. Di mana tuan hamba menuntut ilmu?"

"Hamba menuntut di Madrasah Darul Ehsan"

Sambil menghirup kopi, saya bermonolog. "Muda lagi rupanya."



Gunakan facebook untuk mengeratkan ukhuwwah

1 comment:

  1. aiiikk,,cm ditujukan kpd ssorg jer cerite nii, kuakua..owrait..it's OK..btul dh tu... zman siber skrg,ukhwah blh dbna dgn ape cra sklpn & dmna shja skrg aslkn xmylhi adat & hukum...
    smg silaturrahim kte brtmbh mantop fisabiliilah....:-)

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.