Teknologi memang dahsyat bak kata kawan serumah saya, Aziz.
Teknologi dan zaman yang sentiasa memoden ini menjadikan urusan manusia jauh lebih pantas dari dulu. Jauh lebih senang dari dulu. Jauh lebih hebat dari dulu. Namun sehebat-hebat kemodenan itu, harganya pastilah dibayar dengan nikmat zaman dahulu yang ditiadakan imma sengaja atau tidak untuk mewujudkan suasana moden itu.
Hari ini saya mahu memberitahu tentang sesuatu yang moden dan nikmat apakah yang telah hilang di saat yang moden ini muncul.
SMS dan MMS memang mudah dan pantas. Tapi ianya menghilangkan nikmat bacaan tulisan tangan dari orang yang kita sayang. Hilang jua nikmat menanti surat balasan yang bakal dihulurkan oleh abang penunggang motor merah. Begitulah jua hilangnya nikmat debaran membuka sampul surat dan bagi yang jiwang maka tiadalah lagi bauan kertas wangi yang tidak akan kita dapati dari SMS dan MMS. Kecuali memang HP anda berbau!
Telefon bimbit, sambungan dari sms dan mms tadi, telefon bimbit sememangnya keperluan bukan lagi sekadar gaya. Hatta budak darjah 4 pun telah memiliki HP yang lebih dahsyat dari saya. Nikmat yang telah hilang adalah apabila kita bersama kawan-kawan di kedai makan atau di tempat lepak biasa, kita lebih suka berkomunikasi dengan orang yang jauh. Tup tap tup tap keypad dipicit, tekan butang send untuk menghantar khabar kepada orang yang tiada bersama-sama kita.
Broadband sekarang boleh dibeli macam beli pensil 2B. Saya sendiri pun hairan macamana boleh jadi semudah itu dan ramai pula yang menggunakannya walaupun harganya bukanlah murah sangat. Semua kerja jadi mudah dengan internet mudah alih ni. Tapi bagi mahasiswa, kemudahan ini menghilangkan nikmat membelek kitab-kitab betul dan memalaskan diri kita mahu menyemak kitab mana ada masalah ini masalah itu. Buka internet, rujuk sahaja sahibul samahah lebai Google. Jangan bimbang, bukan anda saja, saya pun begitu. Mungkin berbeza kekerapan.
Barang elektronik murah sangat-sangat. Dari thumbdrive hingga ke kereta. Semuanya menjadi murah dan mudah didapati. Contoh, Hp Nokia3310/15 pada awal kemunculannya dulu berharga kurang lebih RM600. Siapa yang menggunakan Nokia jenis ini, wajib ada tali dan menggantung hp mereka di leher. Wajib kerana ini adalah HP yang paling catchy pada zaman tersebut. Hp yang memiliki game ular versi terbaru.
Begitu juga laptop, dulu harganya mencecah 5-6 ribu. Bahkan laptop di saat satu negeri hanya ada kurang 10 orang pengguna, harganya mencecah 10k seunit. Kini, dengan hanya seribu lebih, anda layak mendapat laptop peribadi anda dan bermain paintball atau solitaire. Murahnya barang-barang sekarang.
Tapi nikmat yang telah hilang dari kemurahan tersebut adalah hubungan sesama insan. Kurang bermasyarakat. Saya pernah tinggal di satu aspura dan mengikuti perbezaan dua era. Era awal ketikamana 1 aspura hanya ada dua laptop dan satu era lagi bila tinggal dua bilik saja yang tidak punya laptop.
Era 1: Suasana bermasyarakat cukup-cukup hidup. Ziarah menziarahi dari bilik ke bilik menjadi satu kelaziman. Suasana asrama ketika itu hingar bingar dengan gelak tawa. Macam adik beradik yang bahagia sahaja lagaknya.
Era 2: Kurang bermasyarakat, memerap di dalam bilik sahaja mengadap laptop. Habis cerita dengar lagu, sambil-sambil itu melengkapkan misi game. Jadi tiada masa untuk menjengok ke bilik sebelah bertanya khabar. Ziarah pun untuk menumpang tengok apa isi di dalam laptop itu. Suasana jadi sepi dan lesu. Seolah-olah tiada penghuni. Kami semua macam adik beradik tiri.
Jadi kadang-kadang jangan lupakan nikmat yang kita dapati sewaktu zaman mundur dulu kerana nikmat moden ini belum sama nilainya dengan nikmat dulu kerana kedua-duanya ini sangat berbeza. Mesin dan manusia.
Setelah 4 cawan kopi saya hirup licin dan bahu saya mula sengal-sengal, saya mahu berehat sebentar dari kemodenan dan menikmati rehat ala tradisional.

Game di PC, PS 1-2-3, PSP, XBOX dan lain-lain lagi menjadikan nikmat berkawan di kalangan kanak-kanak sudah pupus. Duduk depan PC atau Tv, bukak game dan main sampai bengkak mata dan jari. Dulu kan banyak game-game outdoor dari game-game indoor. Kejar-kejar, polis sentri (police and thief), main buaya, main patung, sembunyi-sembunyi, lastik burung, galah panjang, cari ikan laga dan macam-macam aktiviti yang menyihatkan. Sekarang bila ada budak 15 tahun diabetis pasal obes, maka ianya bukan lagi berita pelik.
Broadband sekarang boleh dibeli macam beli pensil 2B. Saya sendiri pun hairan macamana boleh jadi semudah itu dan ramai pula yang menggunakannya walaupun harganya bukanlah murah sangat. Semua kerja jadi mudah dengan internet mudah alih ni. Tapi bagi mahasiswa, kemudahan ini menghilangkan nikmat membelek kitab-kitab betul dan memalaskan diri kita mahu menyemak kitab mana ada masalah ini masalah itu. Buka internet, rujuk sahaja sahibul samahah lebai Google. Jangan bimbang, bukan anda saja, saya pun begitu. Mungkin berbeza kekerapan.
Barang elektronik murah sangat-sangat. Dari thumbdrive hingga ke kereta. Semuanya menjadi murah dan mudah didapati. Contoh, Hp Nokia3310/15 pada awal kemunculannya dulu berharga kurang lebih RM600. Siapa yang menggunakan Nokia jenis ini, wajib ada tali dan menggantung hp mereka di leher. Wajib kerana ini adalah HP yang paling catchy pada zaman tersebut. Hp yang memiliki game ular versi terbaru.
Begitu juga laptop, dulu harganya mencecah 5-6 ribu. Bahkan laptop di saat satu negeri hanya ada kurang 10 orang pengguna, harganya mencecah 10k seunit. Kini, dengan hanya seribu lebih, anda layak mendapat laptop peribadi anda dan bermain paintball atau solitaire. Murahnya barang-barang sekarang.
Tapi nikmat yang telah hilang dari kemurahan tersebut adalah hubungan sesama insan. Kurang bermasyarakat. Saya pernah tinggal di satu aspura dan mengikuti perbezaan dua era. Era awal ketikamana 1 aspura hanya ada dua laptop dan satu era lagi bila tinggal dua bilik saja yang tidak punya laptop.
Era 1: Suasana bermasyarakat cukup-cukup hidup. Ziarah menziarahi dari bilik ke bilik menjadi satu kelaziman. Suasana asrama ketika itu hingar bingar dengan gelak tawa. Macam adik beradik yang bahagia sahaja lagaknya.
Era 2: Kurang bermasyarakat, memerap di dalam bilik sahaja mengadap laptop. Habis cerita dengar lagu, sambil-sambil itu melengkapkan misi game. Jadi tiada masa untuk menjengok ke bilik sebelah bertanya khabar. Ziarah pun untuk menumpang tengok apa isi di dalam laptop itu. Suasana jadi sepi dan lesu. Seolah-olah tiada penghuni. Kami semua macam adik beradik tiri.
Jadi kadang-kadang jangan lupakan nikmat yang kita dapati sewaktu zaman mundur dulu kerana nikmat moden ini belum sama nilainya dengan nikmat dulu kerana kedua-duanya ini sangat berbeza. Mesin dan manusia.
Setelah 4 cawan kopi saya hirup licin dan bahu saya mula sengal-sengal, saya mahu berehat sebentar dari kemodenan dan menikmati rehat ala tradisional.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.